Euforia Bola 2026
Sihat

Tabiat Minum Kopi Hampir Setiap Hari Undang Padah! Wanita 28 Tahun Alami Lumpuh Separuh Badan…

lumpuh separuh badan

Lumpuh separuh badan sering dikaitkan dengan serangan strok yang biasanya berlaku dalam kalangan individu berusia. Namun, tidak ramai menyedari bahawa keadaan ini juga boleh menimpa golongan muda, terutamanya jika gaya hidup tidak sihat diamalkan dalam jangka masa panjang.

Baca juga: Petua Orang Dulu Elak Makhluk ‘Tumpang’ Bila Bawa Daging Mentah Waktu Malam, Kena Letak Daun Ini!

LUMPUH SEPARUH BADAN AKIBAT MINUM KOPI SECARA BERLEBIHAN

LUMPUH SEPARUH BADAN

Menurut wanita berusia 28 tahun itu, dia sebelum ini bekerja di pejabat dengan rutin harian yang padat. Kebanyakan masanya dihabiskan dengan duduk dari pagi hingga petang di pejabat, malah ada kalanya terpaksa bekerja lebih masa bagi menyiapkan tugasan dan mencapai sasaran kerja.

Namun tanpa disedari, tabiat harian yang kelihatan biasa sebenarnya memberi kesan besar terhadap kesihatannya. Dia mengakui sering minum kopi hampir setiap hari. Ada kalanya kopi diminum pada waktu pagi sebelum makan, malah tetap diambil ketika bekerja atau bersantai bersama rakan.

Air kosong pula jarang diminum dalam jumlah mencukupi, malah ada hari di mana sebotol air pun tidak habis. Selepas pulang bekerja, dia juga jarang berehat di rumah. Sebaliknya, dia sering keluar bersiar-siar atau melepak bersama rakan sehingga lewat malam.

Keadaan itu menyebabkan waktu tidur tidak mencukupi, namun rutin harian tetap diteruskan keesokan hari dengan jadual yang sama.

Menurutnya, tanda awal mula muncul apabila dia sering mengalami kebas pada kaki selain percakapannya juga menjadi sedikit pelat.

Namun pada ketika itu, dia menganggap ia sekadar masalah kesihatan biasa dan hanya mengambil ubat tanpa mendapatkan rawatan lanjut.

Tangan mula kebas dan tak boleh bergerak

lumpuh separuh badan

Tidak lama kemudian, kebas pada tangan dan kaki masih berterusan malah kaki menjadi semakin lemah ketika dia sedang berjoging.

Keadaan tersebut memaksanya kembali ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ketika dimasukkan ke wad, tubuhnya menjadi semakin lemah sehingga akhirnya bahagian kiri badannya tidak lagi mampu digerakkan.

Pada usia yang masih muda, dia didiagnosis mengalami hemiplegia iaitu keadaan lumpuh separuh badan pada salah satu sisi tubuh yang hampir menyerupai strok ringan.

Diagnosis tersebut memberi tamparan hebat kepadanya. Jika sebelum ini dia sibuk mengejar kerjaya dan aktif bekerja, kini kehidupannya berubah sama sekali.

Pergerakannya menjadi sangat terbatas dan memerlukan bantuan orang lain untuk bergerak. Dia juga terpaksa menggunakan kerusi roda serta menjalani sesi fisioterapi secara berterusan.

Menurutnya, ketika itu barulah dia menyedari bahawa masalah kesihatannya bukan berpunca daripada pekerjaan semata-mata, sebaliknya akibat gaya hidup tidak sihat yang diamalkan selama ini.

Wanita itu turut mengakui tubuh sebenarnya telah memberi pelbagai isyarat agar dia memperlahankan gaya hidup dan berehat secukupnya.

Namun kerana merasakan diri masih mampu bekerja dan beraktiviti seperti biasa, dia terus memaksa diri sehingga akhirnya tubuh ‘tewas’.

Baca juga: Bayi 9 Bulan Ini Hidap Penyakit Jarang Berlaku, Bila Menangis Terus Senyap & Tidak Bernafas!

Sumber: TikTok Ennnnn

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×