Euforia Bola 2026
Didik

Step-by Step Guna Kalkulator Merit Untuk Mohon UPU Online, Peluang Lebih Cerah Masuk IPTA!

cara kira merit upu

Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 ke program Asasi, Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda telah dibuka mulai 10 Februari 2025 hingga 14 Mac 2025. Oleh itu, buat adik-adik yang belum memohon, adalah sangat penting untuk tahu cara kira merit UPU tersebut.

Dengan mengetahui jumlah mata merit yang diperolehi, anda dapat mengenalpasti program pengajian mana yang memberikan peluang yang lebih cerah untuk diterima masuk bagi kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Baca juga: Permohonan UPU Sesi 2025/2026 Dibuka 10 Februari, Ini Cara Untuk ‘Apply’ Masuk IPTA Impian!

CARA KIRA MERIT UPU ONLINE GUNA KALKULATOR

cara kira merit upu

Foto: Freepik

Kemasukan pelajar ke Universiti Awam/ IPTA bagi program lepasan SPM dan STPM/ setaraf adalah berpandukan prinsip meritokrasi. Terdapat 2 komponen yang diambil kira untuk cara kiraan merit ini iaitu:

-Markah akademik – 90%
-Markah kokurikulum – 10%
-Markah akademik pula terbahagia kepada pecahan markah berikut:

40% – Mata pelajaran universal
30% – Mata pelajaran pakej
10% – Mata pelajaran terbaik

Walaupun, markah MERIT ini penting, namun ia bukan merupakan SYARAT UTAMA bagi pelajar layak mohon sesuatu program. Ini kerana syarat utama bagi sesuatu program adalah MESTI memenuhi Syarat AM serta Syarat Khas Program. Selepas cukup syarat khas tersebut, barulah MERIT diambil kira untuk menentukan calon berjaya mendapat tempat ataupun tidak.

CONTOH : Asasi Undang-Undang UIAM (Merit : 89.42%)

Salah satu syarat khas program ini mesti mendapat Gred B dalam mata pelajaran Sejarah. Andai kata anda mendapat merit sehingga 95% sekalipun DAN subjek Sejarah kita mendapat C+. Pelajar ini TIDAK LAYAK mendapat tempat bagi program Asasi tersebut. Malah, program Asasi Undang-Undang UIAM ini juga akan turut DIGUGURKAN di dalam borang permohonan UPU ONLINE kita nanti.

INI PANDUANNYA, MUDAH!

cara kira merit upu

Foto: MOHE

1. Muat turun aplikasi UPUPocket

2. Google Play – Untuk pengguna Android, App Store – Untuk pengguna iOS

3. Buka aplikasi

4. Klik pada Kalkulator Merit di bahagian menu

5. Pilih “Lepasan SPM” atau “Lepasan STPM/Setaraf”

6. Pilih jenis aliran pengajian:
STEM A
STEM B
STEM C
Kemanusiaan dan Sastera Ihtisas / Lain-lain

7. Mata pelajaran untuk setiap aliran akan dipaparkan

8. Masukkan gred untuk setiap mata pelajaran yang disenaraikan

9. Masukkan markah kokurikulum yang diperoleh (Sila rujuk dengan pihak sekolah)

10. Klik butang “Kira Markah Merit” di bahagian bawah skrin

11. Markah merit anda akan dipaparkan pada popup

Klik salah satu pautan di bawah untuk menggunakan aplikasi kalkulator dalam talian ini:

  1. Kalkulator kiraan merit – Aliran Sastera
  2. Kalkulator kiraan merit – Sains

*Lebih mudah nak kira dan tahu kedudukan semasa buat permohonan. 

Baca juga: Patutlah ‘Tak Laku’ Diambil Bekerja, Rupanya 38 Program Akademik Universiti Ini Dah Tak Relevan

Sumber: Instagram @mohe.official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×