Bagi pelajar lepasan SPM yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke universiti atau institusi latihan kemahiran awam (ILKA), UPU Online adalah platform penting yang wajib diikuti dengan teliti. Supaya anda tak ketinggalan, berikut senarai tarikh permohonan UPU yang penting perlu anda tanda dalam kalendar!
Mak ayah pun jangan lupa untuk pesan kepada anak-anak ya.
Baca juga: Patutlah ‘Tak Laku’ Diambil Bekerja, Rupanya 38 Program Akademik Universiti Ini Dah Tak Relevan
SENARAI TARIKH PERMOHONAN UPU 2026/2027, SAVE SIAP-SIAP!

1. 29 JAN – 23 MAC 2026: Tarikh Permohonan UPU Online Dibuka
Permohonan untuk kemasukan Sesi Akademik 2026/2027 boleh dibuat secara online melalui portal UPU. Pastikan segala dokumen seperti keputusan SPM, sijil dan maklumat peribadi sudah lengkap supaya proses permohonan berjalan lancar.
2. 16 MAC – 23 MAC 2026: Fasa Kemaskini Program Pengajian Lepasan SPM
Bagi pelajar yang sudah mengetahui keputusan sebenar SPM, inilah masa untuk mengemaskini pilihan program pengajian anda. Jangan tunggu sampai saat akhir, kerana perubahan selepas tarikh ini mungkin tidak diterima.
3. 2 APR – 20 APR 2026: Temu Duga & Ujian Program
Beberapa program pengajian memerlukan temu duga atau ujian. Tarikh ini penting supaya anda dapat bersedia dari segi mental dan fizikal. Tip: Buat persediaan awal, fahami keperluan program dan latih kemahiran yang diperlukan.
4. 6 MEI 2026: Hebahan Keputusan Kemasukan & Permohonan Rayuan
Hasil permohonan anda akan diumumkan pada tarikh ini. Sekiranya tidak berjaya, jangan risau! Masih ada peluang untuk mohon rayuan. Sentiasa semak portal rasmi UPU untuk maklumat lanjut.
5. Bermula 7 JUN 2026: Pendaftaran Pelajar Baharu Lepasan SPM
Pelajar yang berjaya perlu mendaftar ke IPTA atau ILKA bermula 7 Jun. Pastikan dokumen seperti sijil, surat tawaran, dan dokumen pengenalan diri lengkap.
6. 15 JUN 2026: Hebahan Keputusan Rayuan
Bagi mereka yang membuat rayuan, keputusan akan diumumkan pada 15 Jun. Ini adalah peluang kedua untuk melangkah ke pendidikan tinggi.
7.21 JUN 2026: Pendaftaran Pelajar Baharu Kategori Rayuan
Pelajar yang berjaya dalam rayuan boleh mendaftar mulai tarikh ini. Pastikan hadir tepat pada masanya untuk mengelakkan sebarang masalah.

*Tip Extra: Tandakan semua tarikh penting ini dalam kalendar atau telefon pintar anda. Ini akan memastikan anda tidak terlepas sebarang langkah penting dalam proses kemasukan ke IPTA dan ILKA.
Dengan panduan ini, anda kini boleh merancang perjalanan akademik 2026/2027 dengan lebih teratur dan lancar. Semoga berjaya dalam permohonan UPU anda!
Baca juga: 30 Senarai Bantuan Kewangan Pendidikan Untuk Pelajar IPT, Jangan Lupa Mohon!
