Semakan UPU 2025 bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) sesi akademik baharu untuk lepasan STPM dan setaraf dijangka diumumkan pada Jumaat, 5 September 2025.
Pengesahan rasmi ini dibuat oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA), Jabatan Pendidikan Tinggi (UPU) melalui hebahan terkini.
Baca juga: 7 Kelebihan Tingkatan 6 Yang Boleh Jadi Jalan Pintas Masuk Universiti, Jangan Pandang ‘Rendah’!
SEMAKAN UPU 2025 BAKAL DIBUKA JUMAAT INI!

Foto: BERNAMA
Untuk pengetahuan semua, semakan keputusan hanya boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui portal rasmi UPU
atau menggunakan aplikasi mudah alih UPUPocket yang tersedia di Google Play Store dan Apple App Store.
Berikut merupakan tarikh-tarikh penting UPU 2025/2026 (STPM & Setaraf) dari hari membuat semakan dan proses seterusnya.
- Pengumuman keputusan UPU: 5 September 2025 (12 tengah hari) – 14 September 2025 (5 petang)
- Permohonan rayuan: Minggu pertama hingga minggu kedua September 2025
- Pendaftaran pelajar baharu: Minggu kedua Oktober 2025
- Panduan Semakan Keputusan UPU
Bagi calon lepasan STPM atau setaraf, semakan boleh dilakukan mengikut kategori berikut:
- Panggilan temuduga
- Keputusan permohonan
- Tawaran kemasukan
- Keputusan rayuan
Cara Semakan Online

1. Melalui Portal Rasmi UPU
- Layari https://upu.mohe.gov.my
- Klik pautan “Semakan Keputusan UPUOnline”
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan / No. Pin UPU
- Klik “Semak”
- Paparan keputusan akan dipaparkan sama ada berjaya, tidak berjaya, atau ditawarkan ke program pilihan
2. Layari laman web universiti awam
3. Gunakan aplikasi UPUPocket yang boleh dimuat turun di telefon pintar
- Muat turun aplikasi UPUPocket di Google Play Store atau Apple App Store
- Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan
- Pilih menu Semakan Keputusan
- Keputusan akan terus dipaparkan di skrin telefon pintar
Semoga berjaya semuanya!
Baca juga: Patutlah ‘Tak Laku’ Diambil Bekerja, Rupanya 38 Program Akademik Universiti Ini Dah Tak Relevan
Sumber: MOHE
