Euforia Bola 2026
Famili

Tunku Azizah Kongsi ‘Rahsia’ Macam Mana Nak Anak Tinggi Macam Tengku Hassanal, Usia 4 Bulan Dah Makan Hati Ayam!

cara cepat tinggi

Setiap ibu bapa pasti mahukan anak yang sihat, cergas dan membesar dengan baik malah tercari-cari cara cepat tinggi untuk diamalkan kepada anak-anak.

Menariknya, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi dalam video yang tular tentang pengalaman baginda dalam membesarkan anak-anak, khususnya berkaitan pemakanan dan gaya hidup yang boleh membantu pertumbuhan tinggi anak.

Baca juga: ‘Prince Charming’ Di Alam Nyata, Ini Biodata Penuh Tengku Hassanal Yang Ramai Nak Tahu!

CARA CEPAT TINGGI BOLEH AMAL DARI KECIL, TUNKU AZIZAH KONGSI TIPS KALAU NAK ANAK TINGGI MACAM TENGKU MAHKOTA PAHANG

cara cepat tinggi

Baginda menceritakan bahawa sejak kecil, terutama dalam tempoh 1,000 hari pertama selepas dilahirkan, pemakanan seimbang dan tidur yang cukup memainkan peranan sangat penting.

Menurut Tunku Azizah, ramai orang Melayu cenderung memberikan nasi dalam jumlah yang banyak kepada anak-anak, sedangkan yang lebih utama ialah protein, iron dan sayur-sayuran.

“Saya ingat lagi, anak umur 4 bulan dah banyak diberi bayam, daging, dan hati ayam. Saya lebihkan ayam dalam makanan mereka. Berdasarkan dalam buku yang sayaa baca, kalau nak anak tinggi, lebihkan ayam, daging, ikan, sayur. Nasi kurangkan,” jelas baginda.

Tidak dinafikan, seorang pakar perubatan dikenali sebagai @drwanshare turut mengatakan bahawa protein daripada ayam, daging, ikan dan hati ayam membantu menyediakan blok binaan utama otot dan tulang. Malah, hati ayam kaya dengan zat besi (iron) yang penting untuk pembentukan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh, termasuk ke sel tulang dan otot, sekali gus menyokong pertumbuhan optimum.

MINUM AIR KOSONG & SUSU SAJA, TIDUR AWAL

cara cepat tinggi

Foto: NSTP

Selain itu, baginda turut menekankan kepentingan memberi anak-anak susu serta mengelakkan minuman manis seperti sirap atau air berperisa. Bagi anak kecil, air putih dan susu sudah memadai kerana ia membekalkan kalsium serta protein yang baik untuk pertumbuhan tulang.

Tunku Azizah juga berkongsi tip penting yang mungkin ramai ibu bapa terlepas pandang iaitu tidur yang cukup dan awal.

“Kalau nak anak tinggi, pukul 7.30 malam dah masuk katil, pukul 8 lampu tutup. Apabila anak mendapat lebih tidur, mereka akan lebih tinggi,” kata baginda.

Secara saintifik, hormon pertumbuhan (growth hormone) dirembeskan dengan lebih aktif ketika anak tidur nyenyak di waktu malam. Sebab itu, tidur awal sangat membantu perkembangan fizikal mereka.

Baginda turut mengingatkan bahawa pemakanan ketika mengandung juga sama penting. Tempoh 9 bulan dalam kandungan dan 1,000 hari pertama selepas kelahiran merupakan fasa emas dalam menentukan kesihatan, kecerdasan dan ketinggian anak.

Jadi, diingatkan untuk makan makanan kaya protein, zat besi, kalsium, vitamin D serta tidur yang cukup dalam tempoh ini adalah asas melahirkan anak yang sihat, bertenaga dan mempunyai ketinggian ideal.

Dengan panduan ini, jelas bahawa ketinggian anak bukan semata-mata faktor genetik, tetapi juga hasil daripada gaya hidup dan pemakanan yang betul sejak awal usia. Patutlah Tengku Mahkota Pahang sangat tinggi orangnya!

@yb.ibu Tengku Ampuan Pahang share ilmu istimewa iaitu Rahsia Tengku Mahkota Pahang tinggi🩷 Ibu harap bermanfaat buat semua 🩷 #tunkuazizah #tengkuampuanpahang #tunkuazizahmaimunahiskandariah #permaisuripahang #permaisuriagongpahang #permaisuri #queen #malaysiaqueen #tengkuhassanalshah #tengkuhassanal #tengkuhassanalibrahimshah #tengkumahkotapahang #tipsparentinganak #tipsanaktinggi #makanhatiayam #anakterbantut #datosabariahsaidan #royalpahang ♬ Gamelan Symphony – FASSounds

Baca juga: Kenali Wajah Putera & Puteri Kerabat Diraja Pahang, Pasti Ramai Nak Tahu!

Sumber: Tiktok @yb.ibu, Instagram @drwanshare

Foto: Kesultanan Pahang, (NTSP)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×