Euforia Bola 2026
Famili

Cukup Berbuka Begini Tak Perlu Hotel Mewah, ‘Guard’ Sekolah Bahagia Ditemani Isteri & 3 Anak!

pengawal keselamatan

Baru-baru ini seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Khoril, telah berkongsi sebuah video di TikTok bersama keluarga kecilnya yang sedang berbuka puasa. Menariknya, mereka sekeluarga bukan berbuka puasa di rumah tetapi di dalam kawasan sekolah kerana pekerjaan Mohd Khoril yang merupakan anggota pengawal keselamatan.

Baca juga: Suara Imam Tarawih Cecah Nilai 5 Angka, Masjid Terletak Di Kuala Krai Ini Jadi Buruan!

PENGAWAL KESELAMATAN BAHAGIA BERBUKA DITEMANI KELUARGA

pengawal keselamatan

Gambar: TikTok @anakjatanmak

Menurut Mohd Khoril, dia tidak menyangka bahawa isteri dan anak-anak akan datang memberi kejutan untuk berbuka bersama di tempat kerjanya.

Melalui video tersebut, Mohd Khoril yang di dalam pakaian seragam pekerjaannya sedang memimpin bacaan doa sebelum mereka sekeluarga bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa yang dihidangkan.

Di mana, mereka dilihat menjamah kurma terlebih dahulu yang merupakan makanan sunnah sebagai pemula makanan.

Kemudiannya, bapa kepada tiga orang anak itu membantu isterinya dengan menyuap makanan kepada bayi kecil mereka.

Sepanjang video tersebut, kelihatan jelas terpancar kebahagiaan di air muka dan tindak-tanduk keluarga kecil ini.

Baca juga: Suami Isteri Buntu Dua Mata Anak Bakal Buta, Terpaksa Tolak Perasaan Malu Letak Tabung Di Masjid

Baca juga: Cegah Tragedi Tersangkut Telekung, Buat 3 ‘Step’ Keselamatan Ini Sebelum Tunggang Motosikal!

Warga maya yang tersentuh hati dan sama merasa bahagia

Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan warga maya yang begitu tersentuh hati dengan cara keluarga kecil ini menyambut Ramadan.

Malah, mereka juga mendoakan agar kebahagiaan keluarga Mohd Khoril kekal berpanjangan.

“Semoga keluarga ini bahagia selalu dan diberikan rezeki yang melimpah seperti air dilautan.

“Bahagia itu kita yang cipta. Semoga terus bahagia ya.

“Hilang segala penat si ayah tengok anak-anak isteri datang. Semoga berbahagia hingga syurga, Aamin!

“Bahagia itu sederhana.

“Tengok usaha isteri datang tempat kerja suami berbuka sama-sama.

“Kadang Allah tunjuk video macam ini untuk teguran diri sendiri yang kurang bersyukur. Allahu…semoga yang baik-baik sahaja untuk keluarga ini, Ya Allah,” antara komen yang ditinggalkan oleh pengguna TikTok.

Biarpun tidak berbuka puasa di tempat mewah, mereka sekeluarga menunjukkan bahawa cara bersederhana juga memadai untuk merasai nikmat bahagia meraikan bulan Ramadan bersama-sama insan tercinta.

Detik indah tersebut yang kini mendapat hampir 200 ribu jumlah tontonan dan 14.8 ribu tanda suka, dipercayai dirakam ketika berada di Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi, Perlis.

@anakjatanmak

#terimakasihsyg😘❤️

♬ original sound – alsmietravelfoto – alsmietravelfoto

Baca juga: 3 Jemaah Cilik Laksanakan Solat Subuh Selama 40 Hari Berturut-Turut, Terima Ganjaran Basikal!

Sumber: TikTok @anakjatanmak

FT Image: TikTok @anakjatanmak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×