Euforia Bola 2026
Asuh

“Boleh Makan Sedap Sikit…”- Excited Tunggu Ramadan, Jawapan Lucu Kanak-Kanak Istimewa Ini Buat Ramai Terhibur

BULAN PUASA

Satu perkongsian daripada laman TikTok Pertubuhan Kebajikan Al Hadid OKU Ampang Selangor menyentuh hati ramai apabila memaparkan luahan jujur kanak-kanak istimewa tentang bulan puasa.

Menurut perkongsian tersebut, kanak-kanak berkenaan memberitahu bahawa dia tidak sabar menanti bulan puasa. Apabila ditanya sebabnya, jawapan yang diberikan cukup sederhana namun meruntun jiwa.

Baca juga: Dalam Suasana Tegang & Dikawal Ketat, Ribuan Jemaah Tetap Penuhi Masjid Al-Aqsa Untuk Tarawih Pertama

TAK SABAR TUNGGU BULAN PUASA, KANAK-KANAK ISTIMEWA INI TUNGGU MAKANAN SEDAP

BULAN PUASA

“Adik cakap dia tak sabar nak puasa. Bila tanya kenapa, dia jawab sebab bulan puasa ramai orang datang bagi jariah, boleh makan sedap sikit.

“Kita dengar, kita senyum… tapi dalam hati rasa sebak. Bagi kita Ramadhan bulan ibadah, bagi mereka Ramadhan bulan berharap. Semoga Allah gerakkan hati kita untuk terus berkongsi, supaya senyuman mereka bukan hanya ada setahun sekali… kesian adik-adik ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bagi kebanyakan kita, Ramadan adalah bulan ibadah, bulan memperbanyakkan amal, solat tarawih dan juadah berbuka yang pelbagai. Namun bagi sebahagian anak-anak kurang bernasib baik, Ramadan membawa makna yang berbeza.

Ruangan komen di TikTok Pertubuhan Kebajikan Al Hadid OKU Ampang Selangor ini pastinya dibanjiri doa dan hasrat orang ramai yang ingin turut sama menyumbang. Ada yang meluahkan keinginan untuk turun sendiri menyediakan juadah buat anak-anak di sana.

BULAN PUASA

“Doakan saya dimurahkan rezeki. Teringin sangat nak masak dan hantar ke sini. InshaAllah kalau ada rezeki, saya mesti sampai sana. Aamiin.  Saya doakan semoga Allah kurniakan rezeki seluas langit buat kalian,” jelasnya.

Rata-rata warganet mengakui mereka tersentuh dengan kejujuran si kecil yang hanya mengharapkan dapat menikmati makanan lebih istimewa ketika Ramadan.

Bagi mereka, kata-kata dari si kecil itu membuka mata tentang realiti kehidupan sesetengah golongan yang menanti bulan puasa bukan sekadar untuk beribadah, tetapi untuk merasai sedikit kelapangan rezeki.

@alhadid.org

“Adik cakap dia tak sabar nak puasa… bila tanya kenapa, dia jawab sebab bulan puasa ramai orang datang bagi jariah, boleh makan sedap sikit…” Kita dengar, kita senyum… tapi dalam hati rasa sebak. Bagi kita Ramadhan bulan ibadah, bagi mereka Ramadhan bulan berharap. Moga Allah gerakkan hati kita untuk terus berkongsi, supaya senyuman mereka bukan hanya ada setahun sekali… kesian adik-adik ni.#pertubuhankebajikanalhadidokuampang #alhadidorg

♬ original sound – DNP – DNP

Baca juga: 3 Prompt AI Buat Jadual Sekolah Anak Terus Jadi Cantik, Tak Perlu Susah Payah Buat Sendiri!

Sumber: TikTok AL Hadid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×