Euforia Bola 2026
Nur

Suami Jangan Main Pegang Buah Dada Isteri Ketika Berpuasa, Boleh Batal Kalau Jadi Macam Ini…

Adakah puasa seseorang lelaki terbatal disebabkan oleh dia memegang atau menyentuh payudara isterinya? Persoalan ini banyak bermain di benak suami yang khuatir akan batal puasanya jika melakukan perbuatan tersebut.

Justeru itu, ketahui hukum pegang payudara isteri ketika berpuasa seperti diulas di Maktabah al-Bakri.

Baca juga: 5 Doa Untuk Tarik Ramai Pembeli Datang Semasa Menjual, Membuak-Buak Rezeki!

HUKUM SENTUH PAYUDARA ISTERI KETIKA BERPUASA

payudara isteri

Gambar hiasan.

Memegang atau menyentuh payudara isteri termasuk dalam perbuatan bermesra-mesraan yang tidak melibatkan hal-hal yang berkait dengan kemaluan (persetubuhan/hubungan intim) seperti berpelukan, berciuman dan seumpamanya.

Perbuatan bermesra-mesraan seperti ini menurut ulama ia tidak membatalkan puasa seseorang selagi mana hal itu tidak menyebabkan inzal iaitu keluarnya air mani.

Jika syahwat terangsang sehingga mengeluarkan air mani, maka tidak syak lagi puasanya dikira terbatal.

Baca juga: Ada Wanita Ambil Ubat Tahan Haid Untuk Puasa Sebulan, Ini Hukumnya Dalam Islam!

Hukum seorang suami yang menyentuh atau memegang payudara isterinya adalah makruh sekiranya perkara itu menyebabkan syahwatnya terangsang atau dikhuatiri keluarnya air mani.

Tidak mengapa serta tidak makruh jika dia mampu untuk menjaga dirinya daripada hal itu, tidak kira dia seorang lelaki tua mahupun pemuda. Begitu juga puasanya tidak terbatal selagi mana tidak keluar air mani.

Ini adalah sebagaimana pendapat muktamad dalam mazhab Syafi‘i.

Walau bagaimanapun, jika perbuatan menyentuh atau memegang payudara isterinya itu menyebabkan keluarnya air mani, maka puasanya tidak syak lagi adalah terbatal.

Baca juga: Hukum Melakukan Onani (Melan***) Di Siang Hari Ramadan, Boleh Terbatal Puasa Ke?

Ingatlah, biarpun perbuatan itu tidak membatalkan puasanya tetapi adalah lebih baik untuk si suami meninggalkan sebarang perbuatan yang boleh membangkitkan syahwatnya ketika sedang berpuasa.

Antaranya seperti menyentuh atau memegang payudara isteri, berpelukan dengan isteri atau berciuman dengan isteri ketika dia sedang berpuasa. Hal tersebut adalah lebih baik dan lebih dituntut ke atas orang yang sedang berpuasa.

Baca juga: Bapa Kongsi 12 Tips Berbuka Puasa Di Masjid, Penting Untuk Individu Yang ‘1st Time’ Nak Merasa!

Sumber: Maktabah al-Bakri

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×