Dalam merancang pembahagian harta, ramai di antara kita sering tertumpu kepada wasiat atau faraid. Namun, satu kaedah yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan umat Islam ialah menggunakan beberapa jenis hibah pemberian harta secara sukarela semasa hidup.
Hibah bukan sahaja membolehkan kita menyampaikan harta kepada insan tersayang dengan lebih mudah, malah ia juga boleh mengelakkan pertikaian dan proses pembahagian yang rumit selepas kematian. Tapi, katanya ada juga kes pertikaian?
Baca juga: Ketua Keluarga Wajib Sediakan Satu Fail Faraid Lengkap Dengan 7 Dokumen Ini, Senang!
JENIS HIBAH DALAM ISLAM, ADA BEZA YANG ANDA KENA TAHU

Foto: freepik
Menariknya, hibah bukan hanya satu bentuk tapi ada beberapa jenis hibah yang berbeza dari segi syarat, masa pemindahan hak milik dan bentuk pengurusan. Berikut merupakan lima jenis hibah utama yang wujud dalam amalan masyarakat dan fiqh Islam, lengkap dengan contoh mudah agar anda boleh buat pilihan yang paling sesuai untuk situasi anda.
1. Hibah Mutlak
Maksud: Pemberian harta secara terus dan penuh kepada seseorang, tanpa apa-apa syarat.
Contoh situasi: Pak Ali bagi rumah dia terus kepada anak sulung sekarang juga. Terus tukar nama, terus jadi hak milik anak tu. Tiada syarat, tiada tunggu.
Ciri-ciri:
• Harta dah wujud & milik penuh pemberi.
• Pindah hak milik serta-merta.
• Tak boleh tarik balik kecuali dengan persetujuan penerima.
2. Hibah Bersyarat
Maksud: Pemberian harta dengan syarat tertentu, biasanya berkuat kuasa lepas berlaku sesuatu contohnya kematian.
Contoh situasi: Dalam takaful, kau letak nama isteri sebagai penerima hibah. Tapi duit RM500,000 tu hanya akan diberi jika kau meninggal dunia.
Ciri-ciri:
• Harta (manfaat takaful) belum wujud masa buat hibah.
• Syarat mesti berlaku dulu (contohnya kematian).
• Pindah hak milik selepas syarat dipenuhi.
3. Hibah Amanah
Maksud: Harta diberikan kepada penerima melalui orang tengah yang dipanggil pemegang amanah (trustee).
Contoh situasi: Kau hibahkan rumah kepada anak bawah umur, tapi minta peguam uruskan dulu sampai anak tu capai umur 21.
Ciri-ciri:
• Ada pengurus sementara (trustee).jenis jenis hibah
• Boleh kawal bila & macam mana penerima dapat harta.
• Sesuai untuk waris kecil atau kes rumit.
4. Hibah Tertangguh
Maksud: Hibah yang dibuat sekarang, tapi pemilikan sebenar berlaku kemudian.
Contoh situasi: Kau kata kat anak: “Ayah nak bagi tanah ni kat kau, tapi lepas ayah pencen.” Buat surat hibah siap-siap, tapi berkuat kuasa kemudian.
Ciri-ciri:
• Dokumen hibah dah buat.
• Pindah milik ditangguhkan ke masa depan.
• Kena pastikan semua pihak tahu dan akui.
5. Hibah Umra & Ruqba (Jarang digunakan tapi ada dalam fiqh)
Hibah Umra: Penerima guna harta sepanjang hayat dia, lepas itu harta balik kepada pemberi atau warisnya.
Contoh: Pak Mail bagi rumah kepada pakcik dia untuk duduk sampai meninggal. Lepas itu rumah tu berbalik kepada Pak Mail atau waris dia.
Hibah Ruqba: Siapa hidup paling lama dia yang dapat harta itu sepenuhnya.
Contoh: Pak A dan Pak B buat hibah ruqba. Siapa meninggal dulu, yang hidup akan miliki harta tersebut sepenuhnya.

Foto: freepik
*Jadi, sebelum melakukan sebarang proses hibah yang disangka akan menjadi ‘hadiah’ nanti, periksa semula dengan ejen insurans masing-masing supaya tidak berlaku perbalahan dalam kalangan ahli keluarga.
Baca juga: “Nak Kebumi Di Mana?” – Dua Beradik Bergaduh Di Wad Ketika Ayah Nazak, Kena ‘Heret’ Ke Mahkamah!
Sumber: Tiktok @nashrulnorasmi, hibahharta.com
