Euforia Bola 2026
Nur

Kalau Anda Tergolong Dalam Senarai Ini, Pastikan Ambil Hibah Sebelum MENYESAL!

Golongan perlu hibah tidak lagi terhad kepada mereka yang berpendapatan tinggi, malah merangkumi sesiapa sahaja yang mahu memastikan harta diagih dengan adil.

Bagi anda yang belum tahu, di bawah ini penulis senaraikan beberapa golongan perlu hibah untuk memudahkan perancangan harta.

Baca juga: Anak Kena Tampar Dengan Cikgu Tapi Si Ayah ‘Balas’ Cara Matang, Tak Ada Guna Kekerasan!

8 GOLONGAN PERLU HIBAH, AMBIL TAHU SEBELUM MENYESAL

GOLONGAN PERLU HIBAH

1. Ada harta tak alih sahaja

Golongan perlu hibah yang pertama adalah bagi mereka mempunyai harta tak alih seperti rumah dan tanah. Tanpa hibah, harta ini akan tertakluk kepada pembahagian faraid yang boleh menyebabkan pertikaian waris dan proses pembahagian yang lama.

Hibah membolehkan pemilik menyerahkan harta kepada penerima yang dikehendaki semasa masih hidup selain mengelakkan perebutan dan urusan mahkamah.

2. Individu berhutang

Selanjutnya, anda yang berhutang dikategorikan dalam golongan perlu hibah kerana berisiko meninggalkan beban kewangan kepada waris jika harta tidak diurus dengan jelas.

Dengan hibah, sebahagian harta boleh diagihkan awal untuk membantu waris menjelaskan hutang si mati tanpa menunggu proses faraid atau pembahagian pusaka yang mungkin mengambil masa.

3. Golongan perlu hibah – ahli perniagaan

Hibah boleh diberikan kepada pasangan, anak, atau rakan kongsi bagi memastikan pengurusan aset perniagaan diteruskan dengan lancar tanpa gangguan undang-undang.

4. Individu berpoligami

Seterusnya, jika seseorang itu berpoligami, anda juga disenaraikan dalam golongan perlu hibah. Dengan adanya hibah, boleh membantu suami menyusun pembahagian harta secara adil dan mengelakkan perebutan di kalangan waris selepas kematian.

5. Isteri suri rumah dan tanggungan keluarga atas suami sepenuhnya

Suami boleh menggunakan hibah untuk menjamin isteri dan anak-anak mendapat perlindungan kewangan segera selepas kematiannya.

6. Anak masih bawah umur

Anak bawah umur tidak dapat mengurus harta pusaka secara langsung dan mungkin tidak mendapat manfaat segera daripadanya.

Hibah boleh diberikan kepada anak bawah umur melalui pemegang amanah agar kebajikan dan pendidikan anak terjamin.

7. Golongan perlu hibah – ada anak perempuan sahaja

Dalam sistem faraid, anak perempuan tidak mewarisi keseluruhan harta jika si mati mempunyai waris lelaki seperti saudara kandung lelaki.

Hibah membolehkan bapa menyerahkan harta kepada anak-anak perempuannya tanpa perlu dibahagi bersama waris lain.

8. Ada anak angkat

Akhir sekali, golongan perlu hiobahAnak angkat tidak mempunyai hak faraid kerana tidak dianggap sebagai waris sah di sisi syarak.

Namun, melalui hibah, ibu bapa angkat boleh memberikan harta kepada anak angkat semasa hidup tanpa melanggar hukum faraid, sekali gus menunjukkan kasih sayang dan tanggungjawab terhadap anak tersebut.

Baca juga: Kecoh Kes Isteri Terima Hibah RM1 Juta Daripada Suami, Tapi Keluarga Mentua ‘Cabar’ Keputusan Minta Jadi Faraid!

Sumber: Azfar Takaful & eFaraid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×