Euforia Bola 2026
Didik

Individu Dedah Kandungan Sebenar Emas Buat Ramai Teruja, Jenis 950 Lebih Mahal Ada 95% Emasnya!

barang kemas 916

Emas ialah logam berharga yang dicari-dicari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak berzaman lagi. Di Malaysia, barang kemas 916 merupakan pilihan orang ramai kerana ia terdiri daripada 91.6% emas tulen dan 8.4% logam lain seperti tembaga dan perak.

Malah, campuran ini menghasilkan warna kuning hangat dan menjadikannya tahan lama untuk membuat barang kemas. Selain itu, ia mudah didapati kerana kebanyakan kedai emas di Malaysia menjual emas 22 karat ini.

Baca juga: Awak Yang Bujang Jangan Kalut Nak Kahwin, Ini Prof Kongsi 5 Teknik ‘Simulasi’ Pilih Pasangan Hidup!

BARANG KEMAS 916 & JENIS LAIN

barang kemas 916

Gambar: Wan Sya’wanah

Namun, tahukah anda barang kemas 916 bukanlah satu-satunya yang mempunyai peratusan emas yang tinggi. Hal ini kerana, terdapat jenis emas lain yang lebih tinggi kandungan peratusannya.

Melalui perkongsian individu bernama Wan Sya’wanah, emas tersebut adalah 950 dan 999.9.

Menurutnya, emas 950 jarang dijual di Malaysia tetapi banyak dilihat di pasaran Thailand. Di mana, nilai emas tersebut lebih tinggi daripada emas 916. Maka tidak hairanlah sekiranya barang perhiasan di negara tersebut lebih lawa kualitinya.

Baca juga: Ketahui 6 Cara DIY Periksa ‘Defect’ Rumah Baru, Senang Nak Tuntut Dari Pemaju!

Ilmu kandungan emas

Ilmu mahal ini, jarang-jarang dapat macam ini. Selalu kita dengar kandungan emas sahaja. Tapi gambar ini siap tunjuk kuantiti logam lain dalam kandungan emas.

Contoh macam mas 999.9 semua kandungan emas dan tiada unsur kandungan logam lain berbanding mutu emas lain.

Contoh emas 916 tengok sebelahnya logam lain. Disebabkan itu, kandungan 91.6% sahaja emas dan 8.4% logam lain.

Emas 950 pulak kebanyakan tiada di Malaysia, tapi banyak di negara Thailand. Maka tidak hairan, emas Thailand lawa-lawa barang kemasnya, sebab mutunya 950 iaitu 95% emas dan harganya lagi tinggi dari emas 916.

Baca juga: Ramai Masih Tak Faham Istilah CCRIS & CTOS, Sampai Ingat Dua Entiti Ini Ada Kuasa ‘Blacklist’!

Pendedahan ilmu emas ini, telah menarik perhatian ramai dalam kalangan warga maya sehingga mencecah 13 ribu perkongsian ketika ini.

“Nasib beli 999 dari dulu lagi..walaupun agak mahal tapi berbaloi bah..yang penting puas hati.

“Ilmu ini, terima kasih kongsi.

“Wow, ilmu yang bagus!

“999.9 untuk goldbar atau dinar, beza sikit dengan 999.

“Perhiasan emas tak boleh 999 sbb emas ni lembut, mudah dilenturkan, sbb tu die mix dengan logam lain untuk jadi keras supaya korng pakai tak bengkok2,” berikut antara komen-komen yang ditinggalkan di ruangan hantaran tersebut.

Tips beli emas perhiasan 

Sekiranya nak tahu tips membeli barang kemas, boleh lihat video Sirap Limau di bawah.

Baca juga: 5 Cara Kreatif Tarik Minat Anak ‘Bercinta’ Dengan Matematik, Tak Ada Dah Garu Kepala Lepas Ini!

Sumber: Wan Sya’wanah

FT Image: senivpetro / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×