Kementerian Pertahanan Malaysia (KPM) mengumumkan satu inisiatif baharu bagi membantu keluarga anggota tentera yang anaknya mempunyai penyakit autisme.
Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin, pada 11 Mac 2026 memperkenalkan Program ‘Cakna Autisme Angkatan Tentera Malaysia (ATM)’, yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2026.
Baca juga: 10 Penyakit Popular Selalu ‘Serang’ Kanak-Kanak, Nombor 4 Paling Kesian!
INISIATIF BANTU ANAK TENTERA YANG MEMPUNYAI PENYAKIT AUTISME

Foto: Berita Harian
Program ini merupakan kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia bersama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Menurut beliau, program tersebut diwujudkan kerana kerajaan menyedari bahawa autisme ialah satu keadaan perkembangan yang boleh memberi kesan kepada komunikasi dan interaksi sosial seseorang kanak-kanak.
Beliau turut menegaskan bahawa anggota tentera tidak seharusnya berdepan cabaran ini secara bersendirian, justeru intervensi awal amat penting bagi membantu perkembangan anak-anak yang memerlukan sokongan khas.
Dalam pelaksanaan program ini, Pharmaniaga Berhad turut terlibat sebagai rakan kerjasama dalam aspek berkaitan kesihatan dan intervensi awal.
Program Dilaksanakan Dalam Tiga Fasa
Program Cakna Autisme ATM akan dilaksanakan melalui tiga fasa utama:
Fasa pertama: Memberi tumpuan kepada kesedaran dan pendidikan kepada ibu bapa. Dalam fasa ini, pakar akan menyampaikan ceramah serta menyediakan bahan maklumat bagi membantu ibu bapa mengenali tanda-tanda awal autisme.
Fasa kedua: Melibatkan saringan awal dan penilaian profesional. Ibu bapa akan menerima maklum balas berkaitan perkembangan anak mereka selepas proses penilaian dilakukan.
Fasa ketiga: Memberi fokus kepada rujukan serta sokongan lanjutan, termasuk cadangan intervensi awal yang bersesuaian untuk membantu perkembangan kanak-kanak tersebut.
Selain membantu mengenal pasti tanda awal autisme, program ini juga bertujuan mengukuhkan sokongan kepada institusi keluarga dalam kalangan warga ATM.
Melalui pelaksanaan program ini, MINDEF menyasarkan sekitar 500 hingga 800 keluarga anggota ATM akan menerima manfaat sepanjang tahun ini.
Menteri Pertahanan berharap inisiatif tersebut dapat membantu mengurangkan cabaran serta beban yang dihadapi oleh keluarga tentera yang mempunyai anak autisme, di samping memastikan mereka mendapat sokongan yang sewajarnya.
Baca juga: 4 Penyakit Kanak-Kanak Ibu Bapa Kena Alert, Jangan Ambil Mudah!
Sumber: Berita Harian
FT Images: Harian Metro dan Berita Harian
