Euforia Bola 2026
Didik

[Edisi Pakaian] Ini Checklist Lengkap Barang Keperluan Pelajar Asrama, Siap Awal Elak Panik Hari Daftar!

barang asrama

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal melangkah ke alam sekolah berasrama penuh selepas dapat keputusan baru-baru ini pastinya tidak sabar membuat persiapan awal membeli barang asrama.

Ini bagi mengelakkan situasi kelam-kabut selepas mendaftar masuk jadi artikel ini menghimpunkan senarai pakaian minimum dan keperluan berkaitan pakaian juga untuk pelajar lelaki dan perempuan, termasuk kasut serta pakaian prep, supaya anda boleh membuat persediaan dengan lebih teratur dan menjimatkan masa.

Baca juga: Senarai Sekolah Agama & Tahfiz Terbaik SPM 2024 Ikut Negeri Di Malaysia, Cemerlang Dunia Akhirat!

[EDISI PAKAIAN] SENARAI BARANG ASRAMA UNTUK PELAJAR BAWA

barang asrama

Foto hiasan AI.

1. Pakaian Minimum Wajib (Asas Asrama)

Ini ialah pakaian minimum yang perlu disediakan oleh setiap pelajar:

  • Baju putih – 2 helai
  • Kain biru susur tepi – 2 helai
  • Tudung dua lapis – 2 helai (pelajar perempuan)
  • Seluar – 2 helai (pelajar lelaki)

Tip Siraplimau: Sediakan lebih awal bagi mengelakkan kehabisan stok terutama menjelang musim pendaftaran asrama.

2. Pakaian Asrama Pelajar Lelaki

Selain pakaian asas, ini antara pakaian penting yang sangat kerap digunakan:

  • Baju t-shirt putih berkolar (digunakan hampir setiap hari semasa minggu orientasi)
  • Singlet – 2 helai
  • Tracksuit untuk aktiviti riadah – 2 set
  • Seluar slack – 2 helai
  • Jersey berkolar – 5 helai
  • Kain pelikat (kegunaan surau & waktu rehat)

3. Pakaian Asrama Pelajar Perempuan

Bagi pelajar perempuan, keselesaan dan kesopanan amat dititikberatkan:

  • T-shirt putih lengan panjang (banyak digunakan semasa minggu orientasi)
  • Singlet C-miss – 2 helai
  • Jersey lengan panjang – 5 helai
  • Kain dalam – 2 helai
  • Seluar straight cut untuk riadah – 2 helai
  • Seluar slack hitam – 1 helai
  • Telekung (untuk kegunaan surau)

4. Kasut & Stokin Keperluan Asrama

  • Kasut Pelajar Lelaki: Kasut kulit warna hitam
  • Kasut sukan
  • Sandal untuk prep
  • Stokin – minimum 5 pasang
  • Kasut Pelajar Perempuan: Kasut kulit warna hitam
  • Kasut sukan (sesetengah sekolah hanya benarkan warna gelap)
  • Sandal bertutup depan & belakang
  • Stokin – minimum 5 pasang

5. Pakaian Prep & Rasmi Asrama

Pakaian ini biasanya digunakan untuk prep malam, aktiviti rasmi dan majlis tertentu.

Pelajar Perempuan:

Pelajar Lelaki:

  • Baju Melayu – 5 pasang

Kesimpulannya, persiapan pakaian asrama yang lengkap bukan sahaja memudahkan pelajar menyesuaikan diri, malah membantu ibu bapa mengelakkan pembelian saat akhir yang sering memakan kos lebih tinggi.

barang asrama

Foto: Utusan Malaysia

Simpan dan rujuk senarai ini sebagai checklist wajib sebelum masuk asrama, terutama bagi ibu bapa yang baru pertama kali menghantar anak ke sekolah berasrama. Tip tambahan, labelkan nama pelajar pada setiap pakaian untuk mengelakkan tertukar atau hilang.

Baca penuh: Sekolah Hebat, Anak Cemerlang! Ini Top 8 Sekolah Rendah Terbaik Malaysia Untuk Permulaan Tahun 1

Sumber: Tiktok @edufuction

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×