Suasana pilu menyelubungi sebuah keluarga apabila bayi perempuannya, Nurul Asyura, dilaporkan meninggal dunia secara mengejut ketika berada di rumah pengasuh.
Si kecil yang sebelum ini dipercayai dalam keadaan sihat, pergi menghadap Ilahi tanpa sempat ditemui ibunya yang baru pulang dari bekerja.
Baca juga: Rawatan Pergigian Bertukar Tragedi, Budak 4 Tahun Maut Bila Doktor Bius Lama & 18 Gigi Dirawat!
ANAK MENINGGAL DI RUMAH PENGASUH, KAKU SEJUK BILA AMBIL

Ibu bayi berkenaan berkongsi rasa hiba di media sosial, meminta doa orang ramai agar segala urusan postmortem anaknya dipermudahkan serta memohon kekuatan untuk dirinya dan suami dalam menghadapi ujian berat ini.
“Korang… anak saya dah dekat syurga. Minta jasa semua doakan urusan anak saya postmortem esok berjalan lancar. Doakan saya dan suami kuat hadap ujian Allah,” tulis si ibu dalam nada penuh kesedihan.
Menurut perkongsian, ibu berkenaan selesai waktu bekerja dan bergegas ke rumah pengasuh untuk menjemput anaknya seperti rutin harian. Namun, setibanya di sana, hatinya luluh apabila mendapati anak kecilnya sudah tidak bernyawa dan tubuhnya dikatakan dalam keadaan sejuk.
Berita pemergian mengejut itu amat meruntun jiwa kedua-dua ibu bapa, yang sebelum ini tidak menunjukkan sebarang tanda anak mereka sedang sakit atau lemah.

Rata-rata rakyat Malaysia turut menitipkan doa agar Allah memberikan kekuatan luar biasa kepada keluarga kecil ini, serta mendoakan agar segala urusan berkaitan si kecil dipermudahkan.
“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Salam takziah kepada puan sekeluarga. Semoga Allah menggantikan Almarhumah dengan kebaikan yang lebih besar. Kita sebagai manusia yang lemah sentiasa perlu mengingatkan diri bahawa segala yang kita ada hanyalah pinjaman. Bila-bila masa Allah boleh mengambil kembali amanah itu. Semoga puan dan suami redha dengan ketentuan-Nya,” komen warganet.
Semoga ibu bapa anak kecil ini terus tabah mengharungi ujian besar dan Nurul Asyura ditempatkan dalam kalangan bidadari syurga. Al-Fatihah.
Baca juga: Pelajar PhD Maut Kereta Terbabas Dalam Tasik Kampus, Penumpang Berjaya Selamatkan Diri
Sumber: Threads Nsyqlla & Nsymza
