Euforia Bola 2026
Famili

“Abe Sentiasa Jadi Pendengar Umie…” Ibu Reda Kehilangan Anak Tersayang Pada Usia 13 Tahun

TIDAK SEDARKAN DIRI

Pemergian seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu yang ditemui tidak sedarkan diri di asrama sebuah sekolah menengah di Paloh, Gua Musang nyata mengundang rasa hiba ramai.

Lebih menyentuh hati apabila ibu kepada arwah, Puteri Zana tampil meluahkan rasa rindu dan kasih terhadap anak kesayangannya, Amir Ashraf menerusi satu perkongsian di media sosial.

Baca juga: Nak Daftar Nama Anak Kena Hati-Hati, JPN Larang Guna Gelaran & Unsur Lucah. Ikut Garis Panduan Ini!

ANAK TIDAK SEDARKAN DIRI, LUAHAN IBU BIKIN SEBAK

TIDAK SEDARKAN DIRI

Menurut wanita itu, dia akan terus menyimpan segala kenangan bersama arwah agar dapat dikenang sepanjang hayat.

Luahan tersebut turut menggambarkan betapa besar kehilangan yang dirasainya selepas pemergian Amir Ashraf yang disifatkan sebagai seorang anak bertanggungjawab dan penyayang.

“Al Fatihah untuk anak syurga umie. Umie simpan segala kenangan abe biar umie boleh tengok selama lamanya. Abe seorang anak yang bertanggungjawab, penyayang, sentiasa menjadi pendengar umie, pemberi semangat umie,” luahnya.

Menurutnya lagi, Allah hanya meminjamkan anaknya itu selama 13 tahun sebelum kembali dijemput Ilahi.

Perkongsian itu mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang turut menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Allah pinjamkan abe untuk hanya 13 tahun. Ya Allah, engkau tempatkan anakku di syurga-Mu di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin,” jelasnya.

TIDAK SEDARKAN DIRI

Terdahulu, media melaporkan Amir Ashraf yang merupakan pelajar Tingkatan Satu meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sebuah sekolah menengah di Paloh, Gua Musang, Kelantan.

Pemergian remaja berusia 13 tahun itu nyata meninggalkan kesan mendalam buat keluarga dan insan terdekat yang mengenalinya.

Al-Fatihah.

Baca juga: “Macam Jumpa Diri Sendiri Balik” – Trend Gemini AI Tukar Gambar Dulu VS Sekarang Buat Netizen Sebak

Sumber: Facebook Puteri Zana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×