Euforia Bola 2026
Famili

Anak Autisme ‘Hyper’ Maut Lompat Dari Tingkat 4 Rumah Sendiri, Bapa Tak Sempat Selamatkan…

hiperaktif

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Membesarkan anak autisme terutamanya yang hiperaktif bukan sekadar amanah, tetapi sebuah perjalanan yang menuntut kesabaran, ketabahan, dan kasih sayang tanpa batas.

Setiap ibu bapa pastinya telah berusaha sebaik mungkin dalam memastikan anak istimewa ini membesar dalam persekitaran yang selamat dan terkawal. Namun, sekuat mana pun pemantauan, ada ketikanya perkara di luar jangkaan tetap boleh berlaku, menguji kekuatan jiwa serta kecekalan hati.

Baca juga: 15 Senarai Tadika/Pusat Terapi Seluruh Malaysia Untuk Anak Autisme & Keperluan Khas

ANAK AUTISME HIPERAKTIF TERJUN TINGKAT 4 RUMAH, BAPA TAK SEMPAT SELAMATKAN…

hiperaktif

Satu kejadian pilu yang dialami seorang bapa apabila anak autismenya pergi buat selamanya setelah didapati melompat dari tingkat 4 rumah mereka sendiri. Sangat menyayat hati apabila kejadian tersebut berlaku di hadapan matanya sendiri, namun si bapa tidak sempat menyelamatkan anak autisme bernama Abdurrahman kerana semuanya terjadi dengan terlalu cepat.

Oleh kerana kejadian mengundang maut itu berlaku di hadapan seorang ayah, dia perlu melalui proses bersama polis untuk membuktikan dia tidak bersalah walaupun baru sahaja kehilangan seorang cahaya mata syurga.

Jelas pengguna Facebook, Tuan Zaini Abas yang berkongsikan berita sedih itu, bapa Abdurrahman iaitu Encik Rustam perlu melalui pemeriksaan polis sebagai salah satu prosedur penting dalam proses siasatan mengenai pemergian anak syurga itu. Sudah pasti, dugaan yang dihadapi Encik Rustam ketika ini amatlah sukar untuk diharungi.

“Lebih perit bila si ayah kini disiasat pihak polis. Prosedur…ya… tapi bayangkan trauma yang sudah cukup berat ditambah pula dengan keraguan dan syak wasangka. Seorang ayah yang baru kehilangan anak, kini perlu buktikan bahawa dia tidak bersalah. Allahu akbar, beratnya dugaan mu sahabat,” jelas Tuan Zaini.

JANGAN TUDUH IBU BAPA SECARA MELULU

hiperaktif

Foto hiasan : Freepik

Berdasarkan perkongsian ini, Tuan Zaini berpesan agar masyarakat tidak menyalahkan ibu bapa kepada anak-anak autisme lantaran peristiwa pilu yang sudah berlaku. Hal ini kerana, ibu bapa pastinya sudah melakukan yang terbaik dalam memastikan keselamatan anak mereka setiap hari.

Malah, kenyataan itu dipersetujui oleh netizen terutamanya yang mempunyai anak-anak hiperaktif tidak kira autisme atau tidak. Ramai yang berkongsikan pengalaman menjaga anak-anak syurga ini bukanlah mudah dan memerlukan kesabaran tahap tinggi.

“Allahuakbar…yang tahu ja tahu…tak terkawal kalau yang hyperactive sangat tu…dia bertenaga, tak banyak tidur…tindak tanduk pantas tanpa boleh ralik sikit pun,” netizen.

“Memang environment sangat mempengaruhi dalam menjaga anak-anak special. Kena sentiasa berjaga-jaga, persekitaran kena selamat disamping jaga mental health parents. Semoga Allah permudahkan urusan kita smua,” netizen.

*Salam takziah diucapkan dan semoga ibu bapa semua terus cekal dan tabah dalam menjaga anak-anak yang menjadi pembuka jalan kita ke syurga Allah SWT.

Baca juga: Selain Luka & Lebam, Perhatikan 6 Tanda AMARAN Si Kecil Mungkin Didera Pengasuh!

Sumber: Foto Berita Harian, Zaini Abas

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×