Euforia Bola 2026
Sihat

“Rupanya Aku Autistik”- Wanita Kongsi Perjalanan Disahkan Autism Dewasa Yang Tak Nampak Pada Luaran

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang hanya tahu mengenai autism dalam kalangan kanak-kanak. Sebenarnya, autism dewasa pun boleh berlaku dan ramai yang TIDAK SEDAR.

Berikut merupakan perkongsian dari Puan Sha Ramson Abdullah yang disahkan pakar psikiatri pada 2 Julai 2025, sebagai seorang Autistik (ASD Level 1) yang juga mempunyai ADHD atau dalam istilah terkini, AuDHD.

Baca juga: Permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme Dibuka, Ini Cara Nak Dapat RM500

RAMAI TAK TAHU MEREKA HIDAP AUTISM DEWASA, TAK DIKESAN DARI KECIL

autism dewasa

Menurutnya, diagnosis ini dibuat secara klinikal berdasarkan:

  • DSM-5 (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Edisi Ke-5)
  • WAIS (Wechsler Adult Intelligence Scale)

Ramai orang dewasa hidup bertahun-tahun tanpa tahu mereka sebenarnya Autistik. Mereka bekerja, berkeluarga, bersosial seperti biasa, tetapi dalam diam mereka bergelut dengan perkara-perkara yang orang lain anggap “remeh”.

Autisme bukan penyakit, bukan kecacatan mental. Ia adalah gangguan perkembangan saraf otak (neurodevelopmental disorder) yang terbentuk sejak dalam kandungan bukan disebabkan trauma, salah asuhan atau gangguan mistik. Ada tiga tahap autisme:

  • Level 1: Ringan
  • Level 2: Sederhana
  • Level 3: Berat

Istilah “spectrum” bermaksud setiap individu autistik berbeza-beza. Ada yang tidak boleh bercakap, dan ada pula yang sangat petah seperti saya. Ada yang perlukan bantuan sepenuhnya, ada pula yang jadi pensyarah, peguam, doktor – tetapi tetap Autistik.

Tanda-Tanda Autisme Dalam Usia Dewasa & Proses Diagnosis

Berikut antara ciri-ciri biasa yang sering tak disedari:

1. Sensory Sensitiviti

Tak tahan bunyi kuat, lampu terang, tempat sesak. Baju pun boleh rasa tak selesa.

2. Sukar Faham Isyarat Sosial

Ambil semua secara literal. Kalau orang cakap “pintu hati tertutup”, akan bayang pintu betul-betul.

3. Mudah Burnout

Selepas bergaul, otak dan badan rasa lesu seminggu. Kena ‘control’ muka, nada suara, reaksi – letih!

4. Perlu Rutin Konsisten

Panik bila rutin terganggu. Suka benda yang sama, susun barang ikut cara tertentu.

5. Sukar Buat Keputusan Kecil

Nak pilih makan apa pun ambil masa. Otak beku bila terlalu banyak pilihan.

6. Terlalu Jujur dan Lurus

Cakap terlalu terus terang sampai disalah faham sebagai biadab – sedangkan mereka hanya jujur.

7. Pandai Sembunyikan Emosi

Luaran nampak tenang, tapi dalaman penuh gelora. Bila overwhelmed, akan diam terus.

#Proses Diagnosis Autisme Dewasa

Diagnosis bukan boleh dibuat suka-suka. Ia melibatkan:

  • Temu bual terperinci
  • Sejarah perkembangan dari kecil
  • Pemerhatian tingkah laku
  • Ujian seperti:
  • DSM-5 Criteria
  • WAIS-IV

Ia hanya boleh dilakukan oleh:
– Psikologi klinikal bertauliah
Pakar psikiatri neurodevelopmental

Apa perasaan lepas didiagnosis? Kelegaan…ramai dewasa autistik rasa seperti:

“Patutlah aku penat sangat dengan dunia…”
“Rupanya aku bukan pemalas, aku Autistik.”

Diagnosis bukan alasan untuk lari dari tanggungjawab tetapi ia jawapan yang membuka ruang untuk self-compassion dan penjagaan diri yang lebih sesuai. Autisme bukan penghalang untuk:

  • Berkahwin
  • Menjadi ibu bapa
  • Berjaya dalam kerjaya
  • Menyumbang pada masyarakat
autism dewasa

Foto: freepik

*Mereka cuma perlukan, faham, sokongan dan ruang selamat untuk jadi diri sendiri.

Baca juga: 15 Senarai Tadika/Pusat Terapi Seluruh Malaysia Untuk Anak Autisme & Keperluan Khas

Sumber: Sha Ramson Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×