Ramai ibu bapa hari ini menghadapi cabaran terutamanya dalam mendidik anak autistik kerana ia merupakan tanggungjawab lebih besar berbanding biasa.
Namun, bagi Raihana Annur Hanna, 40, pendekatan yang konsisten membuahkan hasil apabila dua anaknya yang pada awalnya didiagnosis speech delay dan autisme kini fasih bertutur bahasa Inggeris dengan dialek British.
Baca juga: “Jaga Anak Autism Memang Ujian Sepanjang Hayat” Ibu Dedah Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu
ANAK AUTISTIK CAKAP DALAM BRITSH ACCENT, IBU INI DIPUJI

Menurut suri rumah sepenuh masa ini, anak sulung dan kedua mengalami gejala kelewatan bercakap sejak berusia 24 bulan, sedangkan kanak-kanak normal lazimnya mula menguasai perkataan sekitar 18 bulan.
“Dari 12 bulan sehingga mereka lebih besar, memang tak ada perkataan langsung. Ajar Bahasa Melayu pun mereka tak terima. Bila tak boleh berkomunikasi, mereka akan tantrum,” jelasnya.
Bertitik tolak daripada itu, Raihana memperkenalkan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi utama di rumah selepas mendapati anak-anaknya lebih responsif menggunakan bahasa tersebut.
“Bila ubah ke bahasa Inggeris, mereka kurang tantrum. Bahasa Inggeris lebih mudah dan ringkas. Dari kecil saya memang ajar mereka bercakap.
“Budak sekarang banyak screen time tapi kalau kita bijak pilih video yang betul seperti Blippy, ia sangat membantu. Mereka juga banyak meniru accent daripada kartun,” tambahnya.
Perubahan ini turut memberi kesan positif kepada anak bongsunya yang tidak mempunyai keperluan khas, namun fasih bertutur Inggeris hasil pendedahan bahasa 24 jam di rumah.

Raihana turut menegaskan, kaedah yang digunakan bukan berasaskan paksaan atau ketegasan berlebihan, sebaliknya menekankan kefahaman terhadap dunia anak autistik.
“Saya cuba menjiwai apa yang mereka rasa, saya main dengan mereka seolah-olah jadi kanak-kanak balik. Saya lebih condong kepada western parenting, bercakap lembut dan faham mereka walaupun susah bertutur.
“Pendekatan gentle parenting ini sangat membantu. Kalau ada anak autistik, kita kena masuk ke dunia mereka, tak perlu garang atau perfeksionis. Kita kena sokong, bukan marah bila mereka tak ‘perform’,” katanya.
Walaupun anak autistik dan didiagnosis lambat bercakap, itu bukan penghalang untuk si kecil mencapai potensi sebenar dalam kehidupan.
Dengan pendekatan yang betul, kemampuan bahasa anak-anak boleh berkembang lebih jauh daripada jangkaan, dan kebolehan mereka bertutur bahasa Inggeris dengan lancar pada usia muda merupakan pencapaian yang wajar dipuji.
Baca juga: Minuman Dark Chocolate Bantu Tingkatkan Fokus & Prestasi Anak Ketika Musim Peperiksaan
