Euforia Bola 2026
Asuh

Belanjawan 2025: Kebajikan & Pendidikan Anak Autistik Akan Berada Pada Tahap Lebih Baik

pendidikan anak autistik

Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menarik perhatian ramai apabila Kerajaan Madani akan meningkatkan kebajikan dan pendidikan anak autistik di masa akan datang.

Kerajaan cakna dengan keadaan semasa dan akan memastikan kebajikan serta pendidikan anak autistik berada pada tahap terbaik selepas ini.

Baca juga: Cara Mudah Daftar TH Khairat, Perlindungan Sebanyak RM12,000 Jika Kematian & Hilang Upaya

KEBAJIKAN & PENDIDIKAN ANAK AUTISTIK AKAN LEBIH BAIK

PENDIDIKAN ANAK AUTISTIK

Oleh itu, sebanyak 11 Pusat PERMATA baharu akan dibina bagi melengkapkan setiap negeri dengan pusat didikan anak-anak autistik. Ini termasuklah di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Tambah Perdana Menteri, dua sekolah baharu murid berkeperluan khas juga akan dibina di Tuaran, Sabah dan Johor Bahru dengan kos RM300 juta di Sekolah di Johor Bahru bakal menjadi sekolah pertama yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada pendidikan untuk autistik.

Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa elaun Murid Berkeperluan Khas RM150 sebulan juga terus disediakan kepada lebih 110 ribu murid OKU termasuk murid autisme melibatkan peruntukan RM200 juta.

Bantuan Yuran Pembelajaran Anak Autisme disediakan bagi meringankan tanggungan ibu bapa yang layak  dan ia melibatkan 30 ribu anak autisme dengan dana RM15 juta.

Bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selesa dan terangkum, RM10 juta akan disediakan bagi membantu sekolah autistik swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan melengkapkan kemudahan pembelajaran.

Difahamkan juga sebuah Pusat Perkhidmatan Autisme akan dibangunkan bagi memanfaat komuniti autisme dengan peruntukan RM5 juta.

Akhir sekali, had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan dan pemulihan anak autisme akan ditingkatkan kepada 6,000 ringgit ketimbang 4,000 ringgit.

Baca juga: KPM Umum Cuti Sekolah Tambahan Sempena Deepavali 2024, Ini Maklumat Penuh

Sumber: Utusan TV

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×