Euforia Bola 2026
Asuh

Ibu Anak 5 Dedah Amalan Selepas Solat Subuh, Rutin Jadi Teratur & Anak Tak Meragam!

ANAK BIJAK

Menerusi laman Facebook seorang ibu dikenali Iman Zulta, dia ada kongsikan beberapa amalan yang dilakukan setiap hari selepas solat Subuh untuk memastikan si kecil menjadi anak bijak.

Jelasnya, dengan hanya mengamalkan beberapa zikir dan bacaan mudah setiap pagi, suasana rumah menjadi damai, anak-anak lebih mudah diurus dan dirinya juga tenang menghadapi hari.

Baca juga: Jangan Ingat Anak Tak Pandai Akademik Tak Ada Masa Depan, Ini Laluan Untuk Diteroka!

IBU KONGSI RUTIN SELEPAS SOLAT SUBUH UNTUK ANAK BIJAK

ANAK BIJAK

Saya mak anak 5, anak semua kecil lagi paling besar darjah 3. Saya perasan bila saya buat benda ini hari tersebut sangat smooth, anak-anak pun mudah dengar kata. 

Berikut saya kongsikan rutin pagi saya yang banyak membantu saya setiap hari selepas Solat Subuh:

1. Zikir Tasbih 33-33-33

Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali
Allahuakbar – 33 kali

Zikir ini membantu menenangkan hati dan memberi tenaga spiritual untuk memulakan hari.

2. Zikir Ya Bari’ – 40 kali

Zikir Ya Bari’ (Maha Mengatur) sangat membantu memberi ketenangan dan urusan harian lancar. Saya niatkan agar Allah permudahkan segala urusan saya dan anak-anak sepanjang hari.

3. Bacaan Surah al-Fatihah secara khusus

Bacakan Surah al-Fatihah dan hadiahkan pahala bacaan tersebut:

  • Pertama, untuk diri sendiri
  • Kemudian, untuk suami
  • Seterusnya, untuk setiap anak-anak secara individu

(Contoh: Jika ada 5 orang anak, bacalah al-Fatihah 5 kali sambil niatkan dengan nama penuh setiap anak). Niatkan agar mereka menjadi anak yang soleh, dengar kata, mudah urusannya dan dilindungi Allah sepanjang hari.

Sebagai ibu, saya faham sangat kadang-kadang tak sempat nak duduk dan baca dengan tenang. Jadi, alternatif saya adalah pasang audio bacaan Al-Ma’thurat semasa saya sedang di dapur masak sarapan dan siapkan bekal anak-anak.

Saya turut zikirkan bersama-sama walaupun sambil buat kerja. Mulut tetap berzikir walaupun tangan sibuk bekerja.

Amalan ini nampak ringkas, tetapi besar kesannya. Bila hati kita tenang, anak-anak pun lebih mudah diurus. Suasana rumah juga alan lebih damai.

Kepada para ibu di luar sana yang sibuk dan kadang rasa terkejar-kejar, cubalah amalkan rutin ini. Semoga Allah mudahkan setiap urusan anda sebagai ibu dan pelindung kecil-kecil ini.

Baca juga: Kejut Anak Bangun Pagi Macam ‘Perang’? Cuba Teknik Psikologi Ini, Ibu Ayah Pun Lebih Tenang

Sumber: Facebook Iman Zulta

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×