Euforia Bola 2026
Asuh

Anak Kembar Dr Sheikh Muszaphar Raih Pingat Antarabangsa, Umur 4 Tahun Dah Mula Belajar Matematik

dr sheikh muszaphar

Kejayaan anak-anak sememangnya menjadi kebanggaan setiap ibu bapa. Baru-baru ini, anak kembar kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berjaya meraih pencapaian membanggakan dalam bidang akademik di peringkat antarabangsa.

Dua anak kembarnya, Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang kini berusia sembilan tahun berjaya menerima pengiktirafan menerusi pertandingan Singapore and Asian Schools Math Olympiad (SASMO) 2026.

Baca juga: Ramai Tersentuh! Adi Putra Belajar Bahasa Isyarat Untuk Komunikasi Dengan Anak Ada Masalah Pendengaran

ANAK DR SHEIKH MUSZAPHAR RAIH PINGAT ANTARABANGSA

dr sheikh muszaphar

Foto: Instagram @drsheikhmuszaphar

Perkongsian itu dimuat naik sendiri oleh Dr Sheikh Muszaphar di media sosial miliknya, sekali gus menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang kagum dengan kecemerlangan kedua-dua anaknya dalam subjek Matematik sejak usia muda lagi.

Menurut beliau, Adam berjaya membawa pulang pingat perak manakala Noah meraih pingat gangsa dalam pertandingan berprestij tersebut.

Lebih membanggakan, Adam turut menerima Kumon Award selepas menunjukkan prestasi luar biasa apabila menguasai Matematik pada tahap lima tahun lebih ke hadapan berbanding usia pembelajarannya sekarang.

Noah pula berada empat tahun lebih maju dalam subjek yang sama.

“Adam received the Kumon Award for 5 years ahead in Mathematics. Congratulations boy, keep up the good work.

Adam & Noah both started Kumon at the age of 4 as of all our kids. Adam is now 5 years ahead, Noah is at 4 years ahead. Both are just loving Maths,” tulisnya.

Minat Algebra Sejak Kecil Jadi Perhatian Netizen

dr sheikh muszaphar

Foto: Instagram @drsheikhmuszaphar

Dalam perkongsian sama, Dr Sheikh Muszaphar turut mendedahkan bahawa Adam mempunyai minat mendalam terhadap Matematik terutamanya algebra sejak kecil lagi.

Malah, anaknya itu dikatakan gemar mencari buku algebra milik kakak sulung mereka, Bella hanya kerana terlalu minat untuk belajar dan memahami subjek tersebut.

Sikap ingin tahu serta kecintaan terhadap ilmu itu dilihat menjadi antara faktor utama yang membantu kecemerlangan mereka hari ini.

Ramai netizen turut memuji cara Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya, Dr Halina Mohd Yunos membesarkan anak-anak dengan pendekatan yang seimbang antara akademik, disiplin dan kasih sayang.

Tidak hairanlah keluarga ini sering menjadi inspirasi ramai ibu bapa di Malaysia.

Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Rahsia Konsisten Belajar Matematik

Menurut Dr Sheikh Muszaphar lagi, kejayaan anak-anak bukan berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya hasil konsistensi serta sokongan ibu bapa sejak kecil.

Beliau turut berkongsi tip ringkas kepada ibu bapa untuk memupuk minat anak terhadap Matematik iaitu dengan melakukan latihan secara konsisten setiap hari walaupun hanya untuk tempoh singkat.

Encourage your child to do Maths on a daily basis. Just 20 minutes a day goes a long way,” katanya.

Perkongsian itu nyata membuka mata ramai bahawa pendedahan awal terhadap pendidikan dan sokongan berterusan daripada ibu bapa mampu memberi impak besar terhadap perkembangan anak-anak sejak usia muda lagi.

Baca juga: Nama Anak Eyka Farhana Cetus Tanda Tanya Netizen, Rupanya ‘Luay’ Nama Moyang Rasulullah SAW Ke-9

Sumber: Instagram @drsheikhmuszaphar 

FT Images: Instagram @drsheikhmuszaphar 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×