Euforia Bola 2026
Asuh

7 Buah ‘Power’ Untuk Otak Anak, Bantu Tingkatkan Daya Ingatan Luar Biasa & Fokus Belajar!

buah untuk anak

Kini, kesedaran mengenai pemakanan sihat semakin meningkat dalam kalangan ibu bapa. Kebanyakan ibu bapa memahami bahawa kecerdasan anak bukan hanya bergantung kepada latihan di sekolah atau kelas tambahan, tetapi juga bermula daripada pemilihan nutrisi yang tepat, terutamanya melalui penyediaan buah untuk anak dalam diet harian mereka.

Anak-anak mudah berasa letih, sukar memberikan tumpuan dan cepat lupa apa yang dipelajari jika otaknya tidak mendapat zat yang mencukupi. Oleh itu, pemilihan buah untuk otak anak sangat penting dalam proses tumbesarannya.

Baca juga: Idea Menu Bekal Diet Untuk Ke Pejabat, Boleh Turun Sampai 25KG!

7 BUAH UNTUK ANAK YANG BAIK UNTUK OTAK DAN FOKUS BELAJAR

1. Blueberry

buah untuk anak

Foto: Freepik

Blueberry mengandungi antosianin yang bertindak sebagai pelindung saraf dan membantu sel-sel otak “berkomunikasi” dengan lebih pantas antara satu sama lain. Anak juga akan mempunyai daya ingatan yang lebih kuat dan lebih mudah menghafal pelajaran.

2. Oren

buah untuk anak

Foto: Freepik

Vitamin C yang terkandung dalam buah oren merupakan faktor utama dalam mencegah kemerosotan fungsi mental. Vitamin C juga membantu anak dalam tugas yang memerlukan mereka untuk kekal fokus dan membuat keputusan.

3. Pisang

buah untuk anak

Foto: Freepik

Pisang pula kaya dengan Vitamin B6 dan Kalium (Potassium) yang penting untuk mengawal emosi dan memastikan sel otak bergerak dengan lancar. Bahan ini akan membantu anak berasa lebih tenang, kurang stres dan mempunyai mood yang positif untuk belajar di dalam kelas.

4. Epal

buah untuk anak

Foto: Freepik

Epal mengandungi kuersetin, iaitu sejenis antioksidan yang dapat melindungi sel-sel saraf dalam otak daripada kerosakan. Antioksidan dalam epal membantu otak anak kekal sihat dan kuat walaupun mereka mempunyai jadual harian yang padat atau aktiviti kokurikulum yang meletihkan.

5. Anggur

buah untuk anak

Foto: Freepik

Anggur kaya dengan polifenol, iaitu bahan yang terkenal kerana kelebihannya untuk kesihatan saraf dan otak. Pengambilan anggur didapati dapat meningkatkan tumpuan dan perhatian anak dengan lebih pantas, menjadikan mereka lebih bersedia untuk belajar selepas waktu makan.

6. Strawberi

buah untuk anak

Foto: Freepik

Strawberi sangat kaya dengan fisetin iaitu bahan semulajadi yang memainkan peranan besar dalam meningkatkan kesihatan saraf otak. Strawberi membantu anak untuk mengekalkan memori jangka panjang apabila mereka perlu menghafal formula matematik atau fakta sejarah.

7. Mangga

buah untuk anak

Foto: Freepik

Mangga mengandungi campuran vitamin dan mineral yang unik, terutamanya Vitamin B6, Vitamin C dan asid glutamik yang penting untuk fungsi saraf. Kandungan semula jadi ini membantu anak meningkatkan keupayaan mereka untuk menumpukan perhatian kepada sesuatu tugas dalam tempoh yang lebih lama.

Kesimpulannya, pemilihan buah-buahan yang tepat bukan sahaja menjamin kesihatan fizikal anak, malah ia merupakan pelaburan terbaik untuk kecerdasan minda mereka.

Baca juga: Resepi Creamy Fruit Salad Yang Cukup Special. Sihat, Lazat & Menyegarkan Tekak

Sumber: Health Harvard & National University

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×