Euforia Bola 2026
Rakyat

Tak Perlu Lagi Beratur! Rapid Bulanan Digital Kini Boleh Diaktifkan Guna TNG eWallet, Ini Caranya…

Rapid Bulanan digital

Berita baik buat pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang. Rapid Bulanan digital kini boleh dibeli dan diaktifkan terus melalui aplikasi Touch ‘n Go (TNG) eWallet, sekali gus memudahkan pengguna memperbaharui pas perjalanan mereka tanpa perlu beratur di kaunter stesen.

Menurut Rapid KL, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempercepatkan transformasi digital dalam sistem pengangkutan awam negara, selaras dengan aspirasi ke arah ekosistem mobiliti yang lebih pintar, cekap dan berteraskan pembayaran tanpa tunai.

Baca juga: Jangan Terlepas! Ini 7 Bantuan Kerajaan & Pengumuman Penting Minggu Ini Yang Anda Perlu Tahu

RAPID BULANAN DIGITAL KINI BOLEH DIAKTIFKAN MELALUI TNG eWALLET

rapid kl

Rapid Bulanan merupakan pas perjalanan yang menawarkan penggunaan tanpa had selama 30 hari berturut-turut merentasi keseluruhan rangkaian perkhidmatan Rapid KL.

Menariknya, pas ini terbuka kepada semua pengguna termasuk bukan warganegara Malaysia. Dengan satu pas sahaja, pengguna boleh menikmati perjalanan tanpa had menggunakan:

  • MRT
  • LRT
  • Monorel
  • BRT Sunway
  • Bas Rapid KL
  • Bas perantara MRT

Rapid Bulanan ditawarkan pada harga RM150 untuk tempoh sah laku selama 30 hari berturut-turut.

Apa bezanya dengan My50?

Ramai mungkin tertanya-tanya apakah perbezaan antara Rapid Bulanan dan My50.

Secara ringkas, My50 hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang layak, manakala Rapid Bulanan boleh digunakan oleh semua pengguna termasuk pelancong, ekspatriat dan bukan warganegara.

Ini menjadikannya pilihan yang lebih fleksibel bagi mereka yang kerap menggunakan pengangkutan awam setiap hari.

rapid kl

Lebih mudah untuk pengguna harian

Menurut Rapid KL, pelaksanaan Rapid Bulanan Digital dijangka membantu meningkatkan akses kepada pengangkutan awam selain mengurangkan kebergantungan terhadap urusan fizikal di stesen.

Walaupun kemudahan digital ini diperkenalkan, pengguna yang masih selesa dengan kaedah tradisional tidak perlu risau kerana pembelian pas secara fizikal di kaunter stesen Rapid KL masih diteruskan seperti biasa.

Dengan pelaksanaan Rapid Bulanan Digital, urusan perjalanan harian kini menjadi lebih mudah, pantas dan mesra pengguna tanpa perlu lagi beratur panjang semata-mata untuk memperbaharui pas bulanan.

Baca juga: Nak Jumpa Doktor Psikiatri Tapi Tak Tahu Macam Mana? Ini Cara Mudah Tempah ‘Appointment’ Di MySejahtera

CARA AKTIFKAN RAPID BULANAN MELALUI TNG eWALLET

Sebelum memulakan proses pembelian, pastikan telefon pintar anda menyokong fungsi Near Field Communication (NFC) dan aplikasi TNG eWallet telah dikemas kini ke versi terkini.

Berikut langkah-langkahnya:

1. Buka aplikasi TNG eWallet

Pastikan aplikasi anda menggunakan versi paling baharu.

2. Pergi ke bahagian Transport

Pada halaman utama, pilih menu “Pengangkutan (Transport)” dan skrol ke bawah sehingga menemui pilihan “Rapid KL Pass”.

Rapid Bulanan digital

3. Pilih pas perjalanan

Pilih jenis pas yang ingin dibeli sama ada:

  • My50
  • Rapid Kota
  • Rapid Kembara
  • Rapid Bulanan

Rapid Bulanan digital

4. Imbas kad TNG

Pilih kad Touch ‘n Go yang ingin digunakan dan sentuhkan kad tersebut pada bahagian belakang telefon untuk pengesahan NFC.

rapid kl

5. Buat pembayaran

Selesaikan pembayaran melalui TNG eWallet dan pas anda akan diaktifkan.

Baca juga: “Semua Kenangan Lesap!”- Pendrive Tiba-Tiba Rosak Selepas Lama Tak Guna, Individu Dedah Sebab Ramai Tak Jangka

Sumber: Facebook Rapid KL / Touch ‘n Go Malaysia

FT Image: myMRT

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×