Satu rakaman video memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing membuang air kecil di eskalator Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Titiwangsa dikecam netizen selepas tular di media sosial.
Baca juga: 42 Tahun Kahwin Tanpa Zuriat, Pasangan Ini Tetap Bahagia & Setia Hidup Berdua
WARGA ASING KENCING DI ESKALATOR MRT TITIWANGSA

Foto: Threads @its.danishafiq
Video yang dimuat naik menerusi platform Threads itu memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing berada di eskalator stesen berkenaan sebelum salah seorang daripada mereka yang memakai baju-T hitam dan seluar pendek bertindak membuang air kecil sambil berdiri di atas eskalator.
Hantaran tersebut telah meraih lebih 1.9 juta tontonan selain menerima ribuan komen daripada pengguna media sosial yang meluahkan rasa jijik dan kecewa terhadap tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Ramai menyifatkan perbuatan tersebut bukan sahaja mencemarkan kebersihan kemudahan awam, malah boleh menjejaskan imej sistem pengangkutan awam negara.
Rapid KL Minta Orang Ramai Segera Laporkan Salah Laku

Foto: Threads @its.danishafiq
Susulan kejadian itu, Rapid KL menerusi satu kenyataan di media sosial mengingatkan orang ramai supaya tidak meniru perbuatan berkenaan serta menggesa pengguna segera melaporkan sebarang salah laku yang berlaku di stesen atau dalam tren.
Menurut Rapid KL, kebersihan dan keselamatan pengangkutan awam merupakan tanggungjawab bersama bagi memastikan semua penumpang dapat menggunakan kemudahan tersebut dengan selesa.
“Jangan tiru aksi ini. Jika ternampak aktiviti yang salah dan mencurigakan seperti kencing di tempat tidak sepatutnya, makan dan minum dalam tren atau berkelakuan sumbang, laporkan segera kepada petugas stesen, Polis Bantuan atau hubungi talian bantuan kami.”
Rapid KL turut berharap semua pengguna memberikan kerjasama bagi memastikan setiap kemudahan pengangkutan awam kekal bersih, selamat dan selesa untuk digunakan.
Netizen Mahu Tindakan Tegas Diambil
Insiden tersebut turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang menggesa pihak berkuasa mengenal pasti individu terbabit dan mengambil tindakan sewajarnya.
Malah, ada pengguna media sosial mendakwa pernah menghidu bau kurang menyenangkan di beberapa stesen sebelum ini dan berharap penguatkuasaan dapat dipertingkatkan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Rata-rata berpendapat tindakan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab bukan sahaja menyusahkan petugas pembersihan, malah memberi kesan kepada keselesaan ribuan pengguna pengangkutan awam setiap hari.
Perkongsian video tersebut juga menjadi peringatan kepada semua pengguna agar menjaga kebersihan dan mematuhi peraturan ketika menggunakan kemudahan awam demi kepentingan bersama.
Baca juga: 1,061 Bangunan Sekolah Daif Dikenal Pasti, Ada Bangunan Tidak Selamat Dari Segi Struktur
Sumber: Harian Metro dan Threads @its.danishafiq
