Penduduk di sekitar Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang pastinya menantikan pembukaan rasmi laluan baharu ini kerana senarai station LRT3 yang diumumkan bakal memudahkan perjalanan harian ribuan pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam akan mula beroperasi sepenuhnya pada 29 Jun 2026, manakala majlis pelancarannya akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari lebih awal.
Baca juga: BUDI Diesel & BUDI95 Digabung Mulai 1 Julai, Ini 5 Perkara Penting Yang Pasti Buat Rakyat Tersenyum!
SENARAI STATION LRT3 LALUAN SHAH ALAM YANG BAKAL BERI MANFAAT KEPADA RAMAI

Gambar Aizuddin Saad: Anthony Loke pada sidang media selepas merasmikan Pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Cawangan Bandar Tasik Selatan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur.
Laluan sepanjang 37.8 kilometer itu menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya hingga Johan Setia di Klang. Kehadiran LRT3 dijangka membantu mengurangkan kesesakan jalan raya selain memberi pilihan perjalanan yang lebih cepat dan selesa kepada penduduk di koridor barat Lembah Klang.
Laluan penting bakal memberi manfaat kepada ramai
Antara kawasan yang dijangka menerima manfaat besar daripada pembukaan LRT3 ialah Bandar Utama, kawasan komersial Tropicana, Glenmarie, Stadium Shah Alam, UiTM Shah Alam serta bandar-bandar utama di Klang.
Bagi pelajar, pekerja pejabat dan penduduk setempat, laluan ini menawarkan akses lebih mudah ke pusat pendidikan, kawasan perniagaan, pusat beli-belah dan kawasan perumahan yang sebelum ini bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan jalan raya.
Selain itu, stesen Bandar Utama turut menjadi antara hab penting kerana bersambung dengan rangkaian rel sedia ada, membolehkan pengguna meneruskan perjalanan ke pelbagai destinasi lain di sekitar Lembah Klang.
Dijangka kurangkan kesesakan di Shah Alam dan Klang
Pembukaan LRT3 dilihat sebagai satu langkah besar dalam memperkukuh sistem pengangkutan awam negara. Dengan pertambahan pilihan transit rel, pengguna dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan terutama ketika waktu puncak.
Bagi mereka yang tinggal atau bekerja di Shah Alam dan Klang, pembukaan laluan baharu ini pastinya menjadi berita baik yang sudah lama dinantikan. Jadi, jika anda merancang untuk menggunakan pengangkutan awam selepas ini, bolehlah simpan senarai station LRT3 ini sebagai rujukan.
Baca juga: Tak Perlu Lagi Beratur! Rapid Bulanan Digital Kini Boleh Diaktifkan Guna TNG eWallet, Ini Caranya…
LALUAN STATION LRT3 DARI BANDAR UTAMA KE JOHAN SETIA
Berikut adalah laluan penuh stesen yang bakal dilalui oleh pengguna:

JADUAL TAMBANG LALUAN SHAH ALAM
Selain itu, anda juga boleh layari laman rasmi Rapid Rail untuk Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang dan Jadual Tambang Laluan Shah Alam untuk lebih jelas. layari myrapid.com .

Baca juga: Malaysia Boleh! 5 Universiti Tempatan Kini Dalam Kelompok 10 Terbaik Asia Tenggara
Sumber: Harian Metro / New Straits Times / myrapid
FT Image: FMT
