Tindakan seorang remaja lelaki yang didakwa meraba teman wanitanya di dalam tren MRT baru-baru ini mengundang rasa kurang senang ramai, selepas satu perkongsian mengenai kejadian itu tular di media sosial.
Menerusi hantaran tersebut, individu yang menyaksikan situasi berkenaan mendakwa kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang dari kerja sekitar jam 10.31 malam Sabtu.
TULAR REMAJA LELAKI DIDAKWA RABA KEKASIH DALAM TREN

Tangkap layar dari video yang tular di media sosial.
Menurutnya, pasangan dipercayai berusia belasan tahun itu dilihat berkelakuan tidak sopan di hadapan penumpang lain tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Lebih mengejutkan, individu tersebut mendakwa remaja lelaki berkenaan bertindak meraba buah dada teman wanitanya secara terbuka.
“Ini baru saja jadi masa aku balik kerja. Budak lelaki itu raba buah dada teman wanita dia depan aku… lahai, berani betul.
“Aku dah tegur, cuma ‘berdehem’, tapi budak lelaki itu pandang aku macam mencabar pula,” tulisnya.
Tambah individu terbabit, dia cuba memberi isyarat supaya pasangan berkenaan menghentikan perbuatan tidak bermoral tersebut dengan merenung tajam sebelum mereka dipercayai turun di kawasan Kwasa Sentral.
“Aku tak tahu nak buat apa. Aku tenung tajam sebagai isyarat untuk mereka berhenti buat benda bukan-bukan itu. Lepas itu, mereka cepat-cepat turun dekat kawasan Sentral.
“Aku harap mak ayah mereka tabah untuk membesarkan anak-anak yang dah mula buat pilihan sendiri macam ni. 06.06.26 | 10:31 PM,” katanya lagi.

Ramai kongsi pengalaman pernah tegur pasangan muda
Perkongsian itu turut mencetuskan pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya mengakui pernah berdepan situasi hampir sama di tempat awam.
Ada yang berpendapat tindakan menegur secara terus perlu dilakukan supaya golongan muda tidak merasakan perlakuan sedemikian sebagai perkara biasa.
“Bang, budak-budak hingusan macam ni tegur saja bang. Hari itu dekat LRT Kampung Bharu saya tegur depan-depan.
“Sebelum buat apa-apa itu, ingat mak ayah dekat kampung. Kesian tengok budak-budak perempuan Melayu kita dipermainkan dengan lelaki tak guna macam ni,” tulis seorang warga maya.
Seorang lagi turut berkongsi pengalaman pernah menegur pasangan muda yang berkelakuan kurang sopan di tempat awam.
“Tegur saja budak macam ini, hamun sikit. Pernah jumpa budak macam ni dekat Tasik Eco Ardence, memang aku hamunkan masa itu… terus balik budaknya,” tulis seorang pengguna media sosial.
Warga maya bimbang isu normalisasi perlakuan tidak sopan
Dalam pada itu, ada juga yang mengingatkan bahawa perlakuan meraba di tempat awam bukan isu kecil dan perlu dipandang serius, lebih-lebih lagi jika melibatkan individu bawah umur.
“Meraba itu dah dikira jenayah weh, tambahan pula bawah umur. Memang patut ditegur secara terus,” tulis seorang pengguna.
Tidak kurang juga yang meluahkan kebimbangan terhadap budaya ‘mind your own business’ yang dikatakan menyebabkan semakin ramai memilih untuk berdiam diri walaupun menyaksikan perkara tidak wajar berlaku di depan mata.
“Inilah yang jadi bila kita semua amalkan ‘mind your own business’ berbanding ‘amar makruf nahi mungkar’. Ada benda memang kena tegur secara terbuka, jangan diam sebab takut,” demikian antara reaksi ditinggalkan.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian yang didakwa berlaku di dalam MRT tersebut.
Sumber: Threads
FT Image: Threads
