Euforia Bola 2026
Dapur

Nak Elak Mengantuk Lepas Makan? Air Daun Pandan Rupanya Ada ‘Kuasa Rahsia’ Kawal Gula

daun pandan

Selama ini ramai guna daun pandan sekadar untuk bagi nasi lebih wangi atau tambah aroma dalam kuih-muih. Tapi siapa sangka, bahan dapur yang nampak biasa ini sebenarnya dikatakan mempunyai manfaat tersendiri untuk membantu mengawal paras gula dalam badan selepas makan.

Baca juga: Tip Jemput Pisang Bulat Comel Guna Jari, Lembut Di Dalam Tapi Rangup Kulitnya & Tak Berminyak

MANFAAT MINUM TEH DAUN PANDAN SELEPAS MAKAN

daun pandan

Gambar hiasan: Gemini AI

Menerusi satu perkongsian oleh Dr Rizal Abu Bakar di Facebook, beliau menjelaskan rasa mengantuk atau lesu selepas makan mungkin berlaku disebabkan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak atau dikenali sebagai sugar spike.

“Selalu kan lepas makan rasa mengantuk? Macam tak boleh bincang lagi. Ha, itu tandanya blood sugar mendadak naik atau sugar spike,” tulisnya.

Menurut beliau, terdapat satu bahan mudah yang selalu digunakan di dapur dan mungkin boleh membantu memperlahankan kenaikan gula tersebut iaitu daun pandan.

Baca juga: Tak Sangka Gula Merah Jadi Penyelamat! Wanita Lega Batuk Teruk, Kahak Keluar Lepas Kemam Perlahan

Daun pandan dikatakan bantu perlahankan serapan gula

Jelas Dr Rizal, berdasarkan kajian sains, daun pandan mempunyai kandungan yang dikatakan boleh membantu mengawal proses penyerapan gula dalam badan.

Katanya, dalam sistem penghadaman manusia terdapat enzim dikenali sebagai alpha-glucosidase yang bertanggungjawab menukarkan karbohidrat seperti nasi, mi dan roti menjadi gula ringkas.

“Dalam usus kita ada enzim nama dia alpha-glucosidase. Tugas enzim ni adalah tukarkan karbohidrat (macam nasi, mi, roti) jadi gula ringkas,” katanya.

daun pandan

Gambar hiasan: Gemini AI

Apa yang menarik, ekstrak daun pandan dikatakan mampu memperlahankan fungsi enzim tersebut.

“Ekstrak daun pandan ni akan ‘block’ kerja enzim tadi.

“Bila kena sekat, proses penukaran dan penyerapan gula dalam badan jadi slow. Gula tak sempat nak ‘melompat’ naik tinggi lepas kita makan!” jelasnya lagi.

Baca juga: Pesakit Autoimun Kongsi Ramuan Ubat Batuk Berkesan, Orang Cina Zaman Dulu Selalu Amalkan!

Boleh cuba amalkan sebagai minuman tanpa gula

Dalam perkongsian sama, Dr Rizal turut mencadangkan orang ramai mencuba teh daun pandan suam tanpa gula sebagai amalan harian, khususnya selepas makan.

Menurutnya, selain memberi aroma yang menyenangkan, ia juga mungkin membantu tubuh kekal lebih bertenaga dan tidak terlalu mengantuk.

“Jadi, lepas ni kalau masak nasi, boleh buat teh daun pandan suam tanpa gula. Minum. Wangi pun wangi, sihat pun sihat!

“Cuba amal tengok macam mana. Pastu maintain bertenaga, tak ada lagi babak tersengguk-sengguk depan laptop,” katanya.

Walaupun begitu, perkongsian ini lebih kepada amalan pemakanan tambahan dan bukannya pengganti rawatan perubatan. Jika anda mempunyai masalah diabetes atau kawalan gula dalam darah, sebaiknya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Sumber: DrRizal Abu Bakar

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×