Euforia Bola 2026
Asuh

Kes Bayi Dicampak Dari Tingkat 10: Wanita Mohon Jaminan, Dakwa Perlu Jaga Seorang Lagi Bayi

campak bayi

Seorang ibu muda mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen Johor Bahru semalam atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi perempuannya yang baru dilahirkan selepas dipercayai campak bayi dari tingkat 10 sebuah flat di Skudai, bulan lalu.

Baca juga: Tragedi Bayi Dicampak Dari Tingkat 10, Ibu Kandung Berusia 22 Tahun Ditahan & Didakwa Hari Ini

KES CAMPAK BAYI, IBU MOHON JAMINAN KERANA ADA ANAK KEMBAR

campak bayi

Foto: Bernama

Tertuduh, Nuran Batrisya Jamaludin, 22, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian seorang bayi perempuan di kawasan tempat letak kenderaan sebuah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Skudai antara jam 11 pagi hingga 2.30 petang pada 20 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan iaitu mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun serta denda.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen, mendapatkan laporan bedah siasat serta keputusan hukuman.

Mohon Jaminan Kerana Masih Ada Anak Kembar

campak bayi

Foto: Bernama

Semasa prosiding berlangsung, Pegawai Pendakwa R. Nevina memaklumkan bahawa pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh memandangkan kesalahan yang dihadapi adalah serius.

Bagaimanapun, mahkamah turut dimaklumkan bahawa wanita tersebut masih mempunyai seorang lagi bayi yang merupakan kembar kepada mangsa dan memerlukan penjagaan.

Selepas meneliti permohonan serta mengambil kira faktor berkenaan, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan dua orang penjamin.

Selain itu, wanita tersebut turut dikenakan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berhampiran sekali setiap bulan sehingga kes selesai.

Bayi Ditemui Meninggal Dunia Di Kawasan Parkir

Sebelum ini, media melaporkan seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di kawasan parkir sebuah rumah pangsa di Johor Bahru.

Hasil siasatan polis mendapati bayi berkenaan dipercayai dicampak dari tingkat 10 bangunan tersebut sebelum ditemui orang awam.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang wanita tempatan berusia 22 tahun bagi membantu siasatan sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

Kes tersebut mendapat perhatian meluas masyarakat dan mencetuskan perbincangan mengenai kepentingan sokongan sosial, bantuan keluarga serta kesedaran terhadap cabaran yang dihadapi wanita yang berdepan kehamilan dan kelahiran dalam keadaan sukar.

Baca juga: Keluar Mendaki, Namun Tak Pernah Pulang…10 Kes Pendaki Hilang Yang Menggemparkan Malaysia!

Sumber: Bernama

FT Images: Bernama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×