Euforia Bola 2026
Famili

Nak Hilangkan Stres Punya Pasal, Lelaki Mengaku Dah Banyak Kali Curi Seluar Dalam Wanita

curi seluar dalam

Seorang lelaki di Jepun ditahan selepas didakwa curi seluar dalam wanita dengan menceroboh sebuah rumah ketika penghuninya sedang tidur.

Lebih mengejutkan, suspek mengaku melakukan perbuatan itu semata-mata untuk melepaskan tekanan yang dipendam.

Baca juga: [VIDEO] Kanak-Kanak Perempuan 10 Tahun Ditemukan Maut Di Cerun Semak, Dipercayai Dib*nuh

KETAGIH CURI SELUAR DALAM BAGI ALASAN HILANGKAN STRES

curi seluar dalam

Gambar Tokyo Reporter: Noritaka Furiya

Ceroboh rumah ketika mangsa sedang tidur

Menurut laporan Tokyo Reporter yang memetik Nippon News Network (NNN), suspek berusia 34 tahun itu diberkas Polis Metropolitan Tokyo selepas dipercayai terbabit dalam kejadian yang berlaku di Akishima, Tokyo pada Mei lalu.

Siasatan mendapati suspek, dikenali sebagai Noritaka Furiya, memasuki sebuah rumah melalui pintu hadapan yang tidak berkunci.

Ketika penghuni rumah sedang tidur, dia didakwa mengambil kesempatan dengan menggeledah laci pakaian sebelum melarikan lapan helai pakaian dalam wanita yang dianggarkan bernilai kira-kira 4,000 yen.

Selepas ditahan, suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Menurut polis, lelaki itu memberitahu bahawa dia melakukan jenayah berkenaan bagi melepaskan tekanan yang dipendam.

Malah, dia turut mengaku pernah melakukan perbuatan sama berkali-kali sebelum ini.

Baca juga: “You Ingat You Orang Malaysia?”- Wanita Rohingya Didakwa Pertikai Kos Rawatan Klinik Kerajaan, Jururawat Terus ‘Sound’!

curi seluar dalam

Gambar hiasan: Gemini AI

Pihak Polis Metropolitan Tokyo kini sedang menyiasat kemungkinan suspek mempunyai kaitan dengan beberapa siri kes pecah masuk yang menyasarkan pakaian dalam wanita di kawasan sekitar.

Kes-kes seumpama itu dilaporkan berlaku sejak kebelakangan ini dan mempunyai modus operandi yang hampir sama.

Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti sama ada suspek terbabit dalam lebih banyak kejadian selain kes yang membawa kepada penahanannya.

Baca juga: “Lepas Tengok Terus Kembang Tekak”- Penjual Warga Asing Kantoi Jual & Simpan Aiskrim Dalam Tong Cat!

Sumber: Tokyo Reporter

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×