Euforia Bola 2026
Asuh

Tragedi Bayi Dicampak Dari Tingkat 10, Ibu Kandung Berusia 22 Tahun Ditahan & Didakwa Hari Ini

campak bayi

Seorang wanita tempatan berusia 22 tahun yang dipercayai campak bayi perempuan yang baru dilahirkannya dari tingkat 10 sebuah flat di Johor Bahru sehingga menyebabkan kematian bayi tersebut, bakal didakwa di mahkamah pada hari ini.

Baca juga: Pak Nil Kongsi Tinggal Tabiat Merokok Dah Lebih 2 Dekad “Pandang Muka Anak, Bersediakah Hilang Papa…”

IBU KANDUNG CAMPAK BAYI DARI TINGKAT 10

campak bayi

Foto: DepositPhotos

Menurut Pemangku Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat, suspek ditahan kira-kira jam 12 tengah hari Selasa di pekarangan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Tangkapan dilakukan susulan siasatan polis berhubung penemuan mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan di kawasan parkir sebuah Program Perumahan Rakyat (PPR) pada 2 Mei lalu.

Hasil siasatan awal mendapati bayi tersebut dipercayai dicampak dari tingkat 10 bangunan berkenaan sebelum ditemui orang awam dalam keadaan tidak bernyawa.

Menurut polis, beberapa saksi telah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan, manakala bukti yang diperoleh mengaitkan suspek dengan kejadian tersebut.

Berdasarkan keterangan dan bukti yang diperoleh, polis menahan suspek yang dipercayai telah membuang bayi yang masih bernyawa sehingga menyebabkan kematian,” katanya dalam satu kenyataan.

Akan Didakwa Di Bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan

campak bayi

Foto: Polis Diraja Malaysia

Pada peringkat awal, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membabitkan kesalahan membunuh.

Bagaimanapun, selepas kertas siasatan dirujuk kepada pihak pendakwaan, arahan pertuduhan diperoleh untuk mendakwa wanita tersebut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan iaitu mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun serta boleh dikenakan denda.

Menurut Hoo Chuan Huat, suspek dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu.

Suspek Mengaku Bersalah Di Mahkamah Seksyen

campak bayi

Foto: Kosmo

TERKINI: Suspek mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen atas pertuduhan membunuh secara tidak sengaja anak perempuan yang baru dilahirkan dengan mencampak bayi dari tingkat 10.

Kes ini sekali lagi mengundang perhatian masyarakat dan mencetuskan perbincangan mengenai kepentingan sokongan sosial, kesedaran kesihatan mental serta bantuan kepada wanita yang berdepan kehamilan tidak dirancang atau situasi sukar selepas melahirkan anak

Baca juga: Baucar Buku Madani RM100 Diteruskan, Pelajar Sekolah Menengah & IPT Bakal Nikmati Bantuan!

Sumber: Buletin TV3 dan Sinar Harian 

FT Images: DepositPhotos 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×