Euforia Bola 2026
Didik

KPM Umum 12 Inisiatif Sempena Hari Guru, Paling Menarik Anak Cikgu 10A SPM Boleh Dapat RM1K!

hari guru

Sambutan Hari Guru tahun ini hadir dengan berita yang pastinya menggembirakan warga pendidik apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan 12 inisiatif baharu bagi memperkasakan serta memperkukuh tugas guru di seluruh negara.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-55 yang bertemakan Guru Bitara Nadi Negara dan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Sabtu lepas.

Baca juga: Permohonan Subsidi Yuran Anak Autisme Dibuka Hari Ini! Ibu Bapa Boleh Mohon Dengan Cara Ini

12 INISIATIF DIUMUMKAN KPM SEMPENA HARI GURU

hari guru

Gambar NSTP/ L Manimaran: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke – 55 Tahun 2026 di Ipoh.

Pelbagai bentuk bantuan, penambahbaikan fasiliti, latihan profesional dan insentif khas diperkenalkan bagi membantu guru menjalankan tugas dengan lebih baik, selain meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Berikut antara 12 inisiatif yang diumumkan KPM:

1. Kursus Google Certified Educator (GCE) diteruskan secara percuma

KPM meneruskan kursus pensijilan GCE Tahap Satu dan Tahap Dua secara percuma kepada semua guru bagi menyokong pembangunan profesional pendidik dalam literasi digital.

Kos ditanggung kerajaan ialah RM40 untuk GCE Tahap Satu dan RM100 bagi GCE Tahap Dua.

2. Hadiah Latihan Persekutuan khas untuk guru sekolah terintang

“Kementerian Pendidikan menawarkan Hadiah Latihan Persekutuan khas, iaitu disediakan kepada guru yang telah sanggup berkorban untuk mengajar di sekolah rintangan di bawah prohas seperti sekolah dalam hospital, sekolah terapung, sekolah pedalaman di kawasan P1, P2, dan P3.

“Mereka akan terpilih untuk program Sarjana dan juga PhD (doktor falsafah) bagi memastikan bahawa apa yang kita hasratkan, khususnya bagi memastikan mereka dapat terus berkhidmat dan pastinya pengajian mereka ini akan membantu untuk meningkatkan akses pendidikan dalam negara,” katanya.

3. Biasiswa Perguruan Persekutuan diperluas kepada pemimpin sekolah

Guru besar, pengetua dan penolong kanan kini berpeluang menyambung pengajian di peringkat sarjana menerusi biasiswa khas yang disediakan.

“Jadi guru besar, pengetua, penolong kanan kena ambil peluang ini untuk melanjutkan pengajian khusus dalam biasiswa perguruan untuk pemimpin sekolah,” katanya.

4. NODE diperkenalkan untuk sekolah tanpa internet

KPM memperkenalkan Network Offline Digital Environment (NODE) bagi memastikan pembelajaran digital tetap dapat diteruskan walaupun tanpa capaian internet.

“Untuk tujuan ini, KPM menerusi tajaan Yayasan Guru Tun Hussein Onn memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi memperkukuh pelaksanaan program ini di sekolah-sekolah di kawasan pedalaman dan pulau di bawah program sekolah terintang,” katanya.

5. RM169 juta untuk peranti sekolah

KPM menyediakan peruntukan besar bagi membekalkan peranti ke sekolah demi memperkukuh kokurikulum dan pembelajaran berasaskan teknologi.

6. RM100 juta naik taraf bilik guru

Peruntukan tambahan disediakan untuk penyelenggaraan dan menaik taraf bilik guru di seluruh negara.

Baca juga: Slip Tak Laku Untuk Mohon Kerja Kerajaan, Ini Cara Mudah Dapatkan Sijil SPM Yang Hilang Secara ‘Online’!

hari guru

Gambar hiasan; Gemini AI

7. RM50 juta selenggara kuarters guru

KPM turut memberi fokus kepada kebajikan guru melalui penyelenggaraan kuarters kediaman.

8. Sistem Perekodan Kokurikulum manual dimansuhkan

Sekolah kini diberi autonomi mengurus perekodan kokurikulum mengikut kesesuaian sebelum dimasukkan ke dalam sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

9. RM10.5 juta untuk bahan bacaan prasekolah di seluruh negara

Peruntukan khas diberikan kepada semua 10,515 kelas prasekolah menerusi Pemerkasaan Budaya Membaca Prasekolah (Program PAKAT) bagi memperkasakan budaya membaca.

10. RM122.4 juta fasa pertama untuk program kokurikulum

Guru bakal menerima sokongan lebih baik dalam mengendalikan semua program kokurikulum bermula tahun depan.

11. Bantuan RM1,000 untuk guru yang anak cemerlang SPM

Yayasan Guru Tun Hussein Onn akan memberi bantuan RM1,000 kepada guru yang anaknya memperoleh keputusan 10A dalam peperiksaan SPM 2025.

12. Diskaun 50% sewaan kantin sekolah

Bayaran sewaan kantin sekolah diberikan diskaun sebanyak 50 peratus selama enam bulan pertama dengan harapan ia dapat mengekalkan harga makanan yang berpatutan dan makanan berkualiti untuk semua warga sekolah.

Baca juga: Nampak Sama Tapi Berbeza, Rupanya 8 Warna Baju Banduan Ini Ada ‘Kod Rahsia’ Dalam Penjara!

Sumber: Berita Harian

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×