Euforia Bola 2026
Didik

Cikgu Dah Banyak Dapat Mug? Boleh Cuba Idea Hadiah Hari Guru Bajet INI Tapi ‘Touching’ Habis!

idea hadiah hari guru

Nampaknya sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini sudah semakin hampir dan bermulalah pencarian idea hadiah Hari Guru dalam kalangan murid-murid sekolah. Hal ini kerana, pemberian hadiah kepada insan bergelar pendidik ini sudah menjadi satu tradisi yang penuh makna.

Sebelum ini, memang menjadi trend untuk menghadiahkan mug atau cawan yang sudah dihiasi dengan tulisan penghargaan kepada guru. Rupa-rupanya, apabila ditanya kepada para guru, hadiah sebegini sudah ‘penuh’ di rumah mereka!

Baca juga: 19 Aplikasi AI WAJIB Untuk Pelajar & Guru ‘Save’ Supaya Mudahkan Tugas, Jadi Lebih Kreatif!

IDEA HADIAH HARI GURU DARI ECOSHOP, TAK PAYAH BAGI MUG DAH!

idea hadiah hari guru

Jadi, jika ibu bapa bersama anak-anak sedang mencari barang yang murah, praktikal dan bukan dalam bentuk mug untuk diberikan kepada guru, ini idea DIY hadiah Hari Guru bajet RM15 dari EcoShop dalam perkongsian TikTok @aiennpiqaa.

Menurutnya, dengan hanya RM15, anda boleh sediakan satu set hadiah lengkap yang berguna dan pasti dihargai oleh para guru. Dalam satu set ini, anda boleh masukkan:

1. Pen marker.

2. Pen merah & biru.

3. Kopi 3-in-1.

4. Gula-gula.

5. Biskut.

6. Tisu basah (wet tissue).

7. Paper bag comel.

Semua barangan ini boleh didapati di EcoShop, jadi tak perlu berbelanja besar untuk tunjukkan penghargaan. Meskipun ringkas, hadiah ini sangat praktikal dan cikgu boleh terus guna dalam rutin harian mereka.

Apa yang penting bukan harga, tapi keikhlasan di sebalik pemberian. Hadiah seperti ini menunjukkan usaha dan perhatian, menjadikannya lebih bermakna. Kalau nak tambah sentuhan peribadi, selitkan sekeping kad ucapan DIY atau nota ringkas daripada pelajar, pasti menyentuh hati guru yang menerimanya.

idea hadiah hari guru

*Akhir kata, Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang telah berjasa!

Baca juga: Ini 11 Laman Web Penting Mak Ayah & Adik Lepasan SPM WAJIB Tahu, Buat Pilihan Bijak Tau!

Sumber: Tiktok @aiennpiqaa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×