Hari Guru bukan sahaja menjadi waktu untuk mengenang jasa para pendidik, malah turut menjadi detik istimewa untuk menunjukkan penghargaan, termasuklah melalui pemberian hadiah untuk Hari Guru.
Begitulah yang dilakukan oleh pelakon terkenal Fazura apabila berkongsi momen manis anaknya, Fatima, yang bukan sahaja tampil comel dalam bertudung, tetapi juga menyediakan hadiah istimewa buat guru-gurunya.
Baca juga: Tingkah Laku Ulang-Ulang (Stimming) Pada Anak, Normal Atau Patut Risau?
HADIAH UNTUK HARI GURU DARI ANAK FAZURA

Instagram Fazura.
Dalam hantaran tersebut, Fatima kelihatan sangat manis mengenakan tudung dan baju kurung berwarna merah jambu.
Penampilan sopan dan ayu si cilik ini nyata mencuri hati ramai, sekaligus membuktikan didikan penuh nilai yang diterapkan Fazura sejak awal usia anak kesayangannya itu.
Lebih mengharukan, Fazura turut berkongsi bahawa Fatima telah menyediakan hadiah Hari Guru istimewa untuk diberikan kepada para pendidik di sekolahnya.
Detik kecil tetapi penuh makna ini menggambarkan betapa pentingnya mengajar anak-anak menghargai jasa insan yang banyak mencurah ilmu dan kasih sayang dalam proses tumbesaran mereka.
Dalam kapsyennya, Fazura menulis:
“Selamat Hari Guru! Kami mengucapkan terima kasih kepada semua cikgu di sekolah dan memberikan pendidikan setiap hari. Izinkan kami membawa ilmu yang diberikan untuk kehidupan masa depan yang lebih bersinar,” ujar Fazura di ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Ucapan ringkas ini menerima pujian ramai dan turut mencerminkan nilai-nilai murni yang dipupuk dalam keluarga selebriti ini.
Baca juga: Si Cilik Genius Umur Baru 2 Tahun, Tapi Noah Ariz Sudah Pandai Sifir 1 Hingga 10
Baca juga: Gara-Gara Bergaduh, Ibu Denda 2 Anak Jalan Kaki Balik Rumah Sambil Pegang Tangan, Tuai Pujian Ramai!

Instagram Fazura.
Meninjau ke ruangan komen, ramai peminat dan warga maya meluahkan rasa kagum terhadap cara Fazura membesarkan Fatima.
“Manisnya.
“Anak solehah. Anak bertuah.
“Comelnya nyama.
“Terima kasih for the wish Faz dan mini Faz. Semoga Allah merahmati dua jiwa yang indah ini.
“Masha Allah, comel macam mamanya,” antara komen ditinggalkan pengguna Instagram.
Dengan gaya keibuan yang penuh kasih sayang serta nilai didikan yang tinggi, Fazura dan Fatima sekali lagi berjaya mencuri hati peminat.
Semoga detik indah sempena Hari Guru ini terus menjadi inspirasi buat ibu bapa dalam mendidik anak-anak menghargai jasa insan bergelar pendidik.
Baca juga: Anak Ngadu Sakit Bahagian Telur Jangan Anggap Ringan, Lambat Rawat Buah Zakar Boleh ‘Rosak’!
Sumber: Instagram @missfazura
FT Image: Instagram @missfazura
