Euforia Bola 2026
Sponsored Post

5 Hadiah Untuk Hari Guru, Ini Masanya Nak Hargai Cikgu Dengan Cara Bermakna

Setiap kali tibanya 16 Mei, Hari Guru disambut untuk mengenang jasa dan pengorbanan para pendidik yang banyak membentuk kehidupan kita.

Walaupun ucapan dan doa sudah cukup besar ertinya, memberi sedikit hadiah sebagai tanda ingatan boleh menjadi satu bentuk penghargaan yang menyentuh hati.

Kalau anda sedang mencari idea hadiah Hari Guru yang sesuai, praktikal dan penuh makna, ini beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan.

1. Penanda buku eksklusif bertulis nama

Hadiah yang kecil tapi personal. Penanda buku kayu atau acrylic dengan ukiran nama cikgu atau kata-kata inspirasi boleh menjadi kenangan yang sentiasa digunakan.

Lebih-lebih lagi kalau mereka suka membaca atau sentiasa membawa buku nota.

2. Set alat tulis premium

Pen, highlighter atau set alat tulis eksklusif dengan pembalut cantik antara hadiah paling berguna untuk cikgu.

Ia sesuai digunakan harian di kelas dan memberi kesan bahawa anda menghargai kerjaya mereka sebagai pendidik.

3. Tumbler stainless steel berkualiti

Cikgu yang sibuk selalunya tidak sempat minum air secukupnya. Tumbler berkualiti dengan penebat haba boleh bantu mereka kekal terhidrasi.

Boleh tambah sentuhan peribadi seperti ukiran nama atau ‘thank you teacher’.

4. Bagi gift card atau E-wallet

Zaman pun dah berubah dengan kemajuan teknologi, jadi bagi guru yang lebih selesa dengan gaya ringkas, pemberian dalam bentuk baucar adalah pilihan yang praktikal. Cikgu boleh pilih sendiri apa yang mereka perlukan, lebih fleksibel dan bersesuaian dengan keperluan harian.

Selain baucar buku, e-wallet seperti ShopeePay, GrabPay atau TNG eWallet juga boleh dijadikan hadiah. Ia mudah digunakan untuk beli makanan, alat tulis atau barangan peribadi, menjadikannya alternatif moden yang tetap bermakna.

5. Hadiah buatan sendiri dari murid

Kad ucapan hasil lukisan tangan, video pendek atau kraftangan DIY selalunya jadi hadiah yang paling menyentuh hati. Ia ringkas tapi sarat dengan nilai emosi dan menunjukkan kasih sayang yang tulus dari pelajar.

Anak-anak kecil boleh hasilkan lukisan atau origami dengan bantuan ibu bapa. Pelajar sekolah menengah atau universiti pula boleh rakam video ucapan ringkas dan kumpulkan gambar kenangan. Tak perlu sempurna, yang penting ikhlas dari hati.

Dah dapat idea? Sekarang masanya untuk pilih dan sampaikan hadiah sebagai tanda penghargaan.

Orang kata hadiah tak perlu mahal atau mewah. Apa yang penting ialah keikhlasan dan niat untuk menghargai insan yang banyak menyumbang kepada pembentukan ilmu dan sahsiah diri kita.

Sama ada anda murid, ibu bapa, atau bekas pelajar, Hari Guru adalah masa yang tepat untuk tunjukkan penghargaan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×