Euforia Bola 2026
Sihat

Viral Orang Ramai Takut Minum Air Soya Sebab Dikatakan Punca Kanser Payudara, Betul Ke?

air soya

Dalam dunia moden kini, penyebaran maklumat kesihatan berlaku dengan begitu pantas, terutamanya melalui media sosial tanpa mengetahui faktanya betul atau salah. Salah satu dakwaan yang sering menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat ialah  pengambilan air soya yang dikatakan boleh menyebabkan kanser payudara.

Baca juga: Hati-Hati Dengan Makanan Palsu Di Pasaran, ‘Check’ Dulu Sebelum Beli!

MITOS AIR SOYA PUNCA KANSER PAYUDARA

air soya

Foto: Freepik

Kekeliruan mengenai kaitan antara soya dan kanser payudara berpunca daripada salah faham terhadap bahan semula jadi dalam kacang soya yang dikenali sebagai “fitoestrogen”.

Istilah ini sering menimbulkan kebimbangan kerana ia mengandungi perkataan “estrogen”, iaitu hormon yang dikaitkan dengan perkembangan ciri-ciri wanita serta pertumbuhan sel tertentu dalam tubuh manusia.

Namun begitu, dari sudut biologi:

  • Struktur fitoestrogen adalah berbeza daripada estrogen manusia
  • Fitoestrogen amat lemah dan langsung tidak bertindak merangsang pembiakan sel kanser
  • Air soya tidak merangsang pertumbuhan sel kanser

Manfaat Air Soya Terhadap Kesihatan

Pelbagai kajian menunjukkan bahawa pengambilan makanan berasaskan soya secara sederhana adalah selamat dan malah memberi manfaat kesihatan, antaranya:

  • Tidak meningkatkan risiko kanser payudara
  • Menurunkan risiko kencing manis
  • Mengurangkan risiko obesiti.

Pengambilan soya sesuai diamalkan dalam pemakanan seimbang kerana tidak memberi kesan buruk jika diambil dalam cara dan kuantiti yang betul. Soya juga sering dikaitkan dengan amalan gaya hidup sihat.

Soya dalam Pemakanan Harian

air soya

Foto: Gemini AI

Soya merupakan antara sumber protein tumbuhan yang penting dan telah lama menjadi sebahagian daripada amalan pemakanan masyarakat, khususnya di rantau Asia.

Dalam Malaysia, makanan berasaskan soya bukan sahaja mudah diperoleh, malah sering dijadikan pilihan harian kerana harganya yang berpatutan dan menjadi makanan kegemaran rakyat. Antara makanan yang berasaskan soya ialah:

  • Air kacang soya
  • Tauhu
  • Tempe

Kesemuanya makanan berasaskan soya merupakan sumber protein tumbuhan yang baik dan sesuai dijadikan sebahagian daripada diet seimbang.

Perkara yang Perlu Diberi Perhatian

Walaupun soya itu ialah makanan selamat, aspek yang sering diabaikan ialah kandungan gula tambahan dalam air soya, terutamanya yang dijual secara meluas.

Pengambilan gula berlebihan boleh menyumbang kepada:

  • Obesiti
  • Diabetes
  • Penyakit metabolik
  • Risiko pelbagai jenis kanser

Jadi bagi para wanita, kacang soya bukanlah punca kanser payudara seperti yang didakwa. Sebaliknya, ia adalah minuman berkhasiat yang selamat diambil secara sederhana. Berita palsu tentang soya ini perlu dihentikan.

Apa yang lebih penting untuk dikawal ialah pengambilan gula harian, kerana di situlah terletaknya risiko sebenar terhadap kesihatan jangka panjang.

Baca juga: ‘Bebaskan’ Diri Anda Dari 5 Jenis Makanan Ini Kalau Tak Mahu Sel Kanser Aktif Dalam Badan

Sumber: Public Health Malaysia dan Doctor On Call 

FT Images: Freepik 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×