Euforia Bola 2026
Famili

Hati-Hati Pilih Nama Anak! Ustaz Dzulkhairi Perjelas Kekeliruan ‘Raisya’ vs ‘Raisa’, Rupa-Rupanya Maksud Jauh Berbeza

EJAAN NAMA ANAK

Pemilihan ejaan nama anak bukan sekadar sedap didengar, tetapi turut membawa makna yang besar dalam kehidupan seseorang. Disebabkan itu, ibu bapa disarankan untuk lebih berhati-hati agar tidak tersilap dari segi maksud mahupun sebutan.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Ustaz Dzulkhairi tampil memberi pencerahan berkenaan kekeliruan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat berkaitan penggunaan nama Raisya.

Baca juga: Ardell Aryana Kembali ‘Berjuang’…Tinggalkan Anak-Anak Demi Misi Gaza, Ramai Tersentuh Tengok Air Mata Berjujuran

EJAAN NAMA ANAK RAISYA SEBENARNYA SALAH, MAKNA PUN BERBEZA

EJAAN NAMA ANAK

Freepik

Menurut beliau, ramai sebenarnya tersalah faham apabila memilih nama Raisya kerana menyangka ia membawa maksud yang baik. Hakikatnya, nama yang tepat adalah Raisa dan bukan Raisya seperti yang sering digunakan.

Tambah beliau lagi, sebutan bagi Raisa juga perlu diperbetulkan iaitu Ra-ee-sah, bukannya Rai-sah seperti kebiasaan yang disebut oleh masyarakat.

“Yang pilih nama Raisya sebenarnya tersalah faham. Yang betul Raisa. Itu pun sebutan yang tepat ialah Raee-sah bukannya Rai-sah. Maksudnya ketua. Boleh pilih nama Risya ertinya pakaian perhiasan atau kebaikan. Jadi, hati-hatilah pilih nama.” ujarnya.

Dari segi makna, Raisa membawa erti ketua atau pemimpin, satu makna yang baik dan positif untuk dijadikan nama. Dalam masa sama, Ustaz Dzulkhairi turut mencadangkan alternatif nama lain iaitu “Risya” yang mempunyai maksud yang lebih jelas.

Risya difahami membawa makna pakaian perhiasan atau sesuatu yang melambangkan kebaikan, menjadikannya antara pilihan nama yang sesuai dan indah.

EJAAN NAMA ANAK

Penting semak maksud nama anak

Perkongsian ini secara tidak langsung menjadi peringatan kepada ibu bapa agar tidak hanya mengikut trend atau bunyi yang sedap semata-mata dalam memilih nama anak.

Sebaliknya, aspek makna, asal-usul serta sebutan yang tepat perlu diteliti terlebih dahulu agar nama yang diberikan benar-benar membawa maksud yang baik.

Kesilapan kecil dalam ejaan atau sebutan boleh mengubah maksud sesuatu nama, malah ada yang langsung tidak membawa sebarang erti.

Dalam Islam sendiri, pemberian nama yang baik sangat dititikberatkan kerana ia merupakan doa dan identiti yang akan dibawa oleh seseorang sepanjang hidupnya.

Perkongsian Ustaz Dzulkhairi ini diharap dapat membuka mata ramai agar lebih teliti dalam memilih nama, demi memastikan setiap nama yang diberi bukan sahaja indah disebut, tetapi juga baik maknanya.

Baca juga: Sebak! Ibu Diserang Strok Di Madinah Ketika Umrah, Anak Rayu Bantuan RM200,000 Untuk Bawa Pulang

Sumber: Facebook Ustaz Dzulkhairi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×