Dalam era moden yang semakin berkembang, trend pemilihan ejaan nama anak turut mengalami perubahan yang ketara. Jika dahulu rata-rata ibu bapa memilih nama-nama klasik dan tradisional kerana lebih mudah.
Namun, kini ejaan nama anak semakin dimodenkan dengan variasi tersendiri sehingga boleh mendatangkan kesusahan kepada pihak lain seperti guru di sekolah.
Baca juga: Budak 10 Tahun Kritikal Dalam ICU Gara-Gara Tercekik Gula-Gula Gummy, “Doakan Anak Syurga Ini”
EJAAN NAMA ANAK MAKIN MODEN, “MIKAIL JADI MIQAIEL”

Freepik
Hal ini sama seperti yang dikongsikan oleh pengguna media sosial bernama Pak Ostad di mana ketika hari pertama persekolahan dia sudah menjumpai bermacam ejaan nama anak.
“Baru hari pertama seklolah dah jumpa macam-macam nama. Kalau dulu ejaan Qayla dieja begini tetapi sekarang dieja dengan Qhaiyla.
“Kalau dulu nama Mikail dieja begini tetapi sekarang Miqaiel,” ujarnya.
Dia turut menyatakan bahawa ejaan nama anak yang dimodenkan ini kelihatan begitu kreatif kerana agak unik keunikan jika dibanding dengan ejaan tradisional.
“Tolonglah kawan-kawan yang sebaya saya 30-an yang baru kahwin, rancang nama anak dan ejaan dengan baik sekali,” selorohnya.
Perkongsian mencuit hati mengenai ejaan nama itu pastinya dibanjiri komen warganet yang turut bergurau mengenai ejaan nama masing-masing.
“Nama anak saya Adelea Qalesya, Adaem Marzuqie dan Aeyra Raesya. Ok tak cikgu,” komen pengguna TikTok.
Difahamkan juga bagi sesetengah ibu bapa, ejaan yang unik ini dianggap lebih moden selain dapat membezakan mereka daripada orang lain.
Baca juga: Saksi Selisih Ibu Zayn Rayyan 2 Kali Pada Hari Kejadian, Pakaian & Tudung Berubah Selang 20 Minit
Sumber: TikTok Pak Ostad
