Jika diperhatikan, trend pemilihan nama anak masa kini dilihat semakin berbeza berbanding dahulu. Sebelum ini, ejaan nama Mohd cukup sinonim sehingga dalam satu kelas, pasti ramai yang berkongsi nama sama.
Namun kini, penggunaan nama tersebut dilihat semakin berkurangan dan jarang ditemui dalam kalangan generasi baharu. Persoalannya, adakah nama ini semakin ditinggalkan atau terdapat perubahan dalam kaedah pendaftaran nama?
Baca juga: Rasa Tak Sedap Hati Jalan Seorang Malam-Malam ? Baru Tahu Ada Fungsi ‘Bodyguard’ Dalam Google Maps!
EJAAN NAMA MOHD MAKIN RARE, TIADA PADA ANAK-ANAK SEKARANG

Kredit: Gemini AI
Menerusi satu perkongsian di laman Threads rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang, dimaklumkan bahawa ibu bapa tidak lagi dibenarkan menggunakan singkatan seperti Mohd ketika mendaftarkan nama anak.
Sebaliknya, nama tersebut perlu dieja sepenuhnya seperti Mohamad, Muhamad atau Muhammad bagi memastikan ketepatan ejaan dalam dokumen rasmi.
“Nama yang tiada dah pada anak-anak sekarang ialah MOHD. Nama tersebut perlu ditulis penuh Mohamad, Muhamad atau Muhammad,” jelasnya.
Selain Mohd, singkatan lain seperti MD, MHD dan ABD juga tidak lagi dibenarkan dalam pendaftaran nama baharu.
Meninjau ruangan komen, pelbagai reaksi dikongsikan oleh orang ramai, khususnya mereka yang menggunakan nama singkatan tersebut pada kad pengenalan masing-masing.
Ada yang berpendapat ejaan penuh lebih kemas dan jelas, walaupun mereka sendiri menggunakan singkatan.

“Saya generasi yang di IC bernama MOHD. Tapi memang lebih indah kalau ditulis penuh Muhammad,” kongsi seorang pengguna.
Tidak kurang juga yang berkongsi fakta bahawa singkatan Mohd sebenarnya berasal daripada tulisan Jawi.
“Mohd tu wujud sebab singkatan Muhammad dalam tulisan Jawi yakni mim ha mim dal. Jadi Mohd adalah bentuk hibrid rumi yang merujuk kpd ejaan jawi/arab bagi nama tersebut,” tulis pengguna media sosial.
Perubahan ini menunjukkan usaha untuk memastikan ketepatan dan keseragaman ejaan dalam dokumen rasmi, terutama bagi generasi akan datang.
Walaupun penggunaan singkatan seperti Mohd semakin berkurangan, ia tetap kekal sebagai sebahagian daripada identiti dan sejarah dalam masyarakat Malaysia.
Baca juga: JPN Lancar Perkhidmatan MyPhone-In, Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Panggilan Telefon!
Sumber: JPNPP Official
