Euforia Bola 2026
Famili

Petugas Kesihatan ‘Kecam’ Ibu Bapa Pilih Ejaan Nama Anak Susah, “Kenapa Latifah Jadi Latheefah?”

ejaan nama

Seorang petugas kesihatan meluahkan kebimbangan mengenai trend ibu bapa yang memilih ejaan nama anak sehingga menyukarkan proses pendaftaran, terutama ketika situasi kecemasan di fasiliti kesihatan.

Menurutnya, kes seperti nama Firdaus dieja sebagai Ferdhauz, Latifah menjadi Latheefah dan Jasmin menjadi Jadzmeen semakin kerap berlaku.

Baca juga: Air Beroksigen Tinggi TAK Boleh Rawat Batuk & Paru-Paru, Jangan Mudah Percaya Benda Viral

ejaan nama

Freepik

EJAAN NAMA MAKIN SUSAH, NAK ISI BORANG PUN BERPINAR MATA

Walaupun sebutan nama hampir sama, ejaan yang kompleks dan tidak lazim menyukarkan proses memasukkan data ke dalam sistem, lebih-lebih lagi ketika waktu genting yang memerlukan tindakan pantas.

Dia turut menjelaskan bahawa urusan mengisi borang manual seperti borang pemeriksaan kesihatan atau senarai penyakit berjangkit menjadi lebih mencabar apabila perlu menulis nama panjang atau ejaan yang berbelit, khususnya dalam ruang kotak kecil yang terhad.

“Struggle tau nak daftar dalam sistem. Itu belum lagi kalau nak isi borang manual macam medical checkup/borang penyakit berjangkit yang jenis isi kotak-kotak kecil. Berpinar biji mata,” luahnya di media sosial.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian warga maya yang bersetuju dengan kebimbangan itu. Ada yang berkongsi pengalaman berhadapan nama murid dengan ejaan sukar, antaranya Idris menjadi Eidries, Yusuf menjadi Yousuf dan Malik menjadi Maleeq.

Menurut mereka, meskipun nama asal biasa digunakan, perubahan ejaan hanya menambah kekeliruan kepada pihak sekolah dan pihak berkuasa yang perlu menguruskan dokumen rasmi.

Beberapa pengguna lain berpendapat bahawa jika ibu bapa mahukan nama unik, mereka boleh memilih nama yang benar-benar unik tanpa mengubah ejaan nama sedia ada sehingga menjejaskan sebutan atau mempengaruhi kefahaman orang ramai.

“Kalau nak nama anak unik, bagi la nama yang unik. Bukan nama biasa tapi tukar ejaan. Menyusahkan ramai orang untuk masa akan datang terutamanya ketika kecemasan atau isi borang,” komennya.

Perkongsian ini sekaligus membuka perbincangan tentang keperluan ibu bapa mempertimbangkan aspek kemudahan, kejelasan dan relevansi apabila memilih nama anak, agar tidak menjejaskan proses dokumentasi dan perkhidmatan awam kelak.

Baca juga: Bapa Terjatuh Dalam Longkang Ketika Bertugas, “Walau Tengah Sakit, Wajah Pak Cik Tetap Tenang…”

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×