Euforia Bola 2026
Didik

Bukan Biasa-Biasa! Pelajar Korea Selatan Skor 10A+ SPM Termasuk BM, Pemegang ‘Black Belt’ Taekwondo

pelajar korea selatan

Kim Na Eun, 17, seorang pelajar Korea Selatan yang pertama di Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya memperoleh keputusan cemerlang A+ dalam kesemua 10 mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 termasuk subjek Bahasa Malaysia.

Kejayaan luar biasa ini bukan sahaja membanggakan keluarganya, malah menjadi inspirasi kepada pelajar lain yang sedang berjuang menghadapi peperiksaan SPM.

Baca juga: 19 MRSM Terus Unggul, Ini ‘Ranking’ Penuh MRSM & SBP Terbaik Bagi SPM 2025!

PELAJAR KOREA SELATAN RAIH 10A+ SPM, TERMASUK SUBJEK BM

pelajar korea selatan

Gambar Na Eun (tengah) bersama ibu bapa dan dua adik-beradiknya semasa majlis graduasi Tingkatan 5 tahun lalu.

Bapa Na Eun, Kim Taeho, berkongsi detik penuh emosi ketika mengambil slip keputusan di SMK St Columba, Miri.

“Saya terus menangis sebaik sahaja dia memberitahu keputusannya. Kami sama sekali tidak menyangka dia akan mendapat keputusan A+ bagi semua subjek, terutama Bahasa Malaysia, memandangkan dia pernah bergelut untuk mempelajari bahasa tersebut sewaktu di sekolah rendah,” katanya kepada pihak The Borneo Post.

Disiplin taekwondo bantu kejayaan akademik

Na Eun menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Pengetahuan Injil.

Kejayaannya bukan datang secara tiba-tiba. Taeho mendedahkan disiplin sukan Taekwondo menjadi kunci kejayaan anaknya.

“Anak saya merupakan pemegang tali pinggang hitam Dan Ke-4 (Kukkiwon) dalam sukan Taekwondo dan berlatih setiap hari.

“Dia juga aktif menyertai kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa itulah sebabnya kami berasa sangat terkejut dan bangga dengan pencapaiannya ini,” katanya lagi.

Bagi Na Eun sendiri, latihan fizikal dan mental dalam Taekwondo banyak membantunya mengekalkan fokus dan mengharungi tekanan peperiksaan SPM.

Baca juga: Ini 20 Lokasi Sekolah Dalam Hospital Di Malaysia, Murid Dalam Rawatan Terus Dijamin Akses Pendidikan!

pelajar korea selatan

Pasang impian dalam bidang pergigian & fokus masa hadapan

Walaupun pencapaian SPM kini berada di tangannya, Na Eun tidak berhenti di situ. Dirinya bercadang untuk menyambung pengajian ke peringkat A-Level sebelum mengejar impiannya dalam bidang pergigian.

“Kini, setelah keputusan SPM diumumkan, fokus saya adalah untuk mengambil A-Level sebelum mendalami bidang pergigian.

“Namun, sebelum itu, keutamaan saya adalah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada latihan bagi menghadapi Festival Sukan Kebangsaan Korea ke-107 yang akan berlangsung pada 17 Oktober ini di Pulau Jeju, Korea Selatan,” jelasnya.

Kisah Kim Na Eun menjadi bukti bahawa disiplin, kesungguhan dan sokongan keluarga mampu membantu pelajar menakluk cabaran akademik walaupun berasal dari latar belakang berbeza.

Kejayaannya juga menjadi inspirasi kepada mereka yang sedang berusaha keras menghadapi peperiksaan SPM dan cabaran hidup.

Baca juga: [VIDEO] Remaja Disleksia Tular Jual Air Tembikai, Jadi Tumpuan Guna Konsep Unik “Bayar Seikhlas Hati”!

Sumber: The Borneo Post / The Vocket

FT Image: The Borneo Post

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×