Euforia Bola 2026
Rakyat

Keluar Cari Kelengkapan Buku Sekolah Anak, Penunggang Motosikal Terpelanting Maut Dilanggar Pemandu Mabuk

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT

Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan tragis di Jalan Raya Barat, selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh oleh sebuah kereta yang dipandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.40 pagi, mengakibatkan mangsa, seorang lelaki berusia 30-an, terpelanting ke udara sebelum tercampak ke atas sebuah kereta lain dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Baca juga: Peraturan Baharu KWSP Berkuat Kuasa Bermula 2026, Ini Sasaran Simpanan Untuk Persaraan Selesa

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT, DILANGGAR PEMANDU MABUK

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey, siasatan awal mendapati pemandu kereta Honda City yang berusia 20-an memandu dengan laju dan berbahaya ketika menghala ke pusat bandar Klang.

“Setibanya di lokasi, pemandu terbabit dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa.

“Perlanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi dan disahkan meninggal dunia. Hasil saringan air kencing mendapati pemandu positif alkohol dan dadah,” ujarnya.

Rakaman video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan detik-detik kemalangan tersebut, sekali gus menimbulkan keprihatinan orang ramai terhadap keselamatan jalan raya dan risiko pemandu mabuk.

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT

Dalam pada itu, Ustaz Wadi Annuar turut memberi pandangan di Facebook mengenai isu pemandu mabuk ini.

“Kes pemandu mabuk: Hukuman penjara tidak mampu menyara anak yatim dan isteri yang hilang punca nafkah. Undang-undang perlu diperkasakan agar pampasan (diyat) sampai kepada waris dengan cepat tanpa membebankan,” jelasnya.

Perkongsian ini menekankan kepentingan bukan sahaja hukuman penjara, tetapi juga sistem pampasan yang efektif untuk memastikan keluarga mangsa tidak terabai selepas tragedi sebegini.

Menerusi perkongsian laman Facebook milik Calvin Chen, difahamkan si bapa keluar untuk membeli buku sekolah anak namun malang tidak berbau apabila dia terlibat dalam kemalangan berkenaan.

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT

“Keluar demi buku sekolah anak, pulang tanpa nyawa. Isteri & 3 orang anak hilang bapa angkara pemandu mabuk.  Arwah meninggalkan seorang isteri & tiga orang anak yang masih kecil. Anak sulungnya baru darjah 4. Masih di usia yang sepatutnya dibelai, dibimbing & ditemani seorang bapa. 

“Lebih menyayat hati. Semasa kejadian berlaku, arwah keluar untuk mencari kelengkapan buku sekolah anaknya. Seorang bapa yang menjalankan tanggungjawab. Seorang bapa yang berkorban dalam diam. Tapi dalam sekelip mata, semuanya dirampas,” luahnya.

Baca juga: Ini 5 Idea Lengkap ‘Prompt’ AI Wajib Cuba Untuk Gambar Raya Lebih Cantik, Macam Photoshoot Profesional!

Sumber: Kosmo & Facebook Ustaz Wadi Annuar & Facebook Calvin Chen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×