Euforia Bola 2026
Famili

Isteri Mangsa Pemandu Mabuk Kongsi Momen Hadiahkan Motosikal & Sifat Amirul Hafiz Undang Sebak – “Jaga Keluarga Tanpa Mengeluh”

pemandu mabuk

Motosikal yang ditunggang Allahyarham Amirul Hafiz Omar, mangsa kemalangan maut akibat dirempuh pemandu mabuk pada Ahad, difahamkan merupakan hadiah istimewa daripada isterinya kira-kira tiga tahun lalu.

Menurut perkongsian isterinya, Nor Nadia, kenderaan jenis Yamaha Y15 itu dihadiahkan kepada arwah pada 25 November 2022 sebagai tanda menghargai minat dan keinginannya terhadap motosikal berkenaan.

Baca juga: Lukisan Remaja 13 Tahun Ini Buat Ramai Meremang, Dakwa Pernah Nampak Semua ‘Entiti’ Misteri Itu

ISTERI MANGSA PEMANDU MABUK HADIAHKAN SUAMI MOTOR

PEMANDU MABUK

Menerusi hantaran yang pernah dikongsikan sebelum ini, Nor Nadia memaklumkan suaminya menunjukkan minat yang mendalam apabila sering melihat dan menyimpan gambar motosikal tersebut.

Nadia turut menjelaskan bahawa hadiah itu diberikan sebagai penghargaan terhadap pengorbanan dan tanggungjawab arwah dalam menjaga keluarga sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

“Hari ini isteri awak tunaikan impian awak selama ini. Anggaplah hadiah ini kerana menjaga keluarga kita dengan baik, jalankan tanggungjawab tanpa mengeluh, sabar melayan kerenah isteri. Semoga Allah limpahkan lagi rezeki buat keluarga kita,” luahnya dalam hantaran berkenaan.

Sementara itu, ibu mangsa, Faridah Ahmad, meluahkan rasa pilu apabila mengenang kembali kata-kata arwah anak sulungnya yang sebelum ini pernah berseloroh tentang “masuk TV3”, tanpa menyangka ia menjadi kenyataan.

PEMANDU MABUK

Menurutnya, Allahyarham yang bekerja sebagai pembantu gudang merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan dikenali sebagai seorang yang bertanggungjawab serta komited terhadap keluarga.

“Masa itu ada kenduri di rumah bapa saudaranya. Dia sempat berseloroh, ‘duduk elok-elok, nanti nak masuk TV3′. Kami ingat dia bergurau, rupa-rupanya betul masuk TV3,” luah si ibu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi Ahad, Allahyarham dilaporkan maut selepas dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu individu dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol di Jalan Raya Barat, Klang, Selangor.

Baca juga: Keluar Cari Kelengkapan Buku Sekolah Anak, Penunggang Motosikal Terpelanting Maut Dilanggar Pemandu Mabuk

Sumber: Facebook Nor Nadia & Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×