Euforia Bola 2026
Famili

MARA Ambil Dua Anak Allahyarham Amirul Hafiz Sebagai Anak Angkat, Jamin Kebajikan & Pendidikan Terbela

ANAK ANGKAT MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) tampil mengambil inisiatif dengan menjadikan dua anak kepada Allahyarham Mohd. Amirul Hafiz, yang terkorban dalam kemalangan dipercayai akibat dirempuh pemandu mabuk pada Ahad lalu, sebagai anak angkat MARA.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan, dua beradik tersebut, Aqif dan Atif, kini berada di bawah jagaan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) bagi memastikan kebajikan serta masa depan pendidikan mereka terus terpelihara.

Baca juga: KPM Buka Permohonan Pensyarah & Guru Cemerlang 2026, Ini Cara Mohon & Syarat Penting

2 ORANG ANAK ALLAHYARHAM AMIRUL HAFIZ JADI ANAK ANGKAT MARA

ANAK ANGKAT MARA

Menurut beliau, langkah tersebut diambil sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab MARA dalam membantu meringankan beban keluarga mangsa, khususnya selepas kehilangan individu yang menjadi tonggak utama keluarga.

Tambahnya, kedua-dua kanak-kanak itu akan menerima bantuan elaun bulanan sebanyak RM120 ketika di peringkat sekolah rendah, yang akan ditingkatkan kepada RM150 apabila melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.

“Atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan, MARA mengambil keputusan untuk menjadikan Aqif dan Atif sebagai anak angkat di bawah Yayasan Pelajaran MARA. Ini bukan sekadar bantuan sementara, tetapi satu komitmen jangka panjang bagi memastikan pendidikan mereka terus terbela.

“Bantuan elaun bulanan sebanyak RM120 seorang akan disalurkan di peringkat sekolah rendah dan ditingkatkan kepada RM150 apabila mereka melangkah ke sekolah menengah disertai pemantauan berterusan sehingga mereka menamatkan persekolahan,” ujarnya.

Beliau menjelaskan bahawa bantuan berkenaan bukan bersifat sementara, sebaliknya merupakan komitmen jangka panjang dengan pemantauan berterusan sehingga mereka menamatkan alam persekolahan.

Dalam perkembangan sama, Asyraf turut mengadakan panggilan video bersama ibu Allahyarham, Faridah, yang meluahkan rasa sedih atas kehilangan anak sulungnya itu.

Menurut Faridah, Allahyarham dikenali sebagai seorang anak yang baik dan sentiasa berusaha membahagiakan keluarga, malah pemergiannya amat dirasai memandangkan beliau merupakan tempat bergantung bagi anak-anak yang masih kecil.

Asyraf turut menitipkan kata-kata semangat kepada Aqif dan Atif agar terus tabah menghadapi ujian serta memberi tumpuan kepada pelajaran demi masa depan yang lebih baik.

Baca juga: Dari 10A Hingga 20A! Ini Senarai Pelajar SPM Cemerlang Yang Pernah ‘Menggegarkan’ Negara

Sumber: Facebook Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×