Euforia Bola 2026
Suami Isteri

“Sayang Tunggu Di Rumah Tau”- Pagi Tadi Keluar Bekerja, Petangnya Isteri Jemput Jenazah Suami Buat Kali Terakhir

PENUNGGANG MOTOSIKAL

Pemergian seorang penunggang motosikal dalam nahas tragis di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) baru-baru ini nyata meruntun hati ramai, apatah lagi apabila arwah meninggalkan seorang isteri serta tiga anak yang masih kecil.

Lebih menyayat hati, wanita itu terpaksa menjemput jenazah suaminya sendiri dari tempat kerja sebelum menghantarnya ke tempat persemadian terakhir.

Baca juga: PM Anwar Tunaikan Janji Balas Surat Adik Nanang… Siap Dapat Hadiah Buku, Beg Sekolah & Basikal!”

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT REMPUT TRELER BERHENTI

PENUNGGANG MOTOSIKAL

Mangsa, Afiq Safwan Sabri yang merupakan jururawat di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM dilaporkan meninggal dunia selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan.

Isterinya, Natasha Zainal menerusi akaun Threads meluahkan rasa pilu apabila mengenangkan pesanan terakhir yang sempat diberikan kepada arwah pada pagi kejadian supaya menggunakan kereta untuk ke tempat kerja.

Lebih menyayat hati, wanita itu turut berkongsi bagaimana kebiasaannya suami akan memaklumkan dirinya pulang selepas tamat syif bekerja, namun kali ini berbeza apabila dia sendiri terpaksa menjemput jenazah arwah sebelum menghantarnya ke tempat persemadian terakhir.

“Hari-hari dia cakap masa di tempat kerja, nanti ‘bie’ balik ya sayang. Sayang tunggu ‘bie’ di rumah tau. Tapi jumaat hari tu sayang jemput ‘bie’ balik dari tempat kerja dan sayang hantar ‘bie’ balik negeri abadi. Kali ini ‘bie’ pula tunggu sayang di syurga tau,” kata Natasha di akaun Threads.

Dalam beberapa hantaran lain, Natasha turut memuat naik gambar suasana pengebumian arwah yang juga bapa kepada tiga cahaya mata mereka.

PENUNGGANG MOTOSIKAL

Terdahulu, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 7 pagi itu mengorbankan mangsa di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ramsay Embol berkata, siasatan awal mendapati treler tanpa muatan tersebut berhenti di lorong kecemasan selepas mengalami tayar pecah ketika dalam perjalanan dari Seafield ke Bukit Jelutong.

Beliau berkata, mangsa yang menunggang motosikal dari arah sama dipercayai gagal mengelak sebelum melanggar bahagian belakang kanan treler berkenaan.

Akibat rempuhan itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Baca juga: “Layan Macam Anak Sendiri”- Bukan Sekadar Pengasuh, Setiap Hari Wanita Ini Masak Menu Sedap Sedap Untuk Anak Asuhan

Sumber: Threads Natasha Zainal & Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×