Euforia Bola 2026
Asuh

“Ibu Sendiri Jadi Pelaku…” Tentera Wanita Dipenjara 7 Tahun, Buat Amang Seksual Pada Anak Usia 8 Tahun!

tentera wanita

Dalam satu kes yang mengejutkan, tindakan seorang tentera wanita yang sepatutnya melindungi anak sendiri akhirnya membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh mahkamah.

Kisah ini bukan sekadar tentang pelanggaran undang-undang, tetapi juga pengkhianatan terhadap kepercayaan paling besar dalam sebuah keluarga yang merupakan seorang ibu terhadap anaknya.

Baca juga: “16 Mac, Sanah Helwah Raa…”- Luahan Rindu Ibu Arwah Zara Qairina Undang Sebak, Netizen Tak Putus Titip Doa & Kata Semangat

TENTERA WANITA DIPENJARA LAKUKAN AMANG SEKSUAL TERHADAP ANAK SENDIRI

tentera wanita

Gambar arkib NSTP.

Pengakuan bersalah di mahkamah

Wanita berusia 44 tahun itu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim. Pengakuan tersebut dibuat tanpa sebarang bantahan, sekaligus mempercepatkan proses perbicaraan.

Mengikut pertuduhan, dia didapati melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya yang ketika itu berusia lapan tahun. Perbuatan tersebut dilakukan di kediaman mereka di Sungai Udang sekitar jam 10.30 malam pada penghujung Disember 2024.

Sebagai ibu kandung, perbuatan tersebut dilihat sebagai satu pelanggaran kepercayaan yang besar dalam institusi keluarga.

Baca juga: Angkara Mengidam Ayam Gepuk, Isteri Dibelasah Suami & Dimaki Bela 3 ‘Anjing’ Dalam Rumah Di Cheras!

tentera wanita

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh semalam, atas kesalahan amang seksual anak lelakinya sendiri, dua tahun lalu.

Hukuman setimpal dan rayuan tertuduh

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap wanita tersebut, bermula dari tarikh dia ditangkap pada 3 Mac 2024.

Kes ini didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya memohon hukuman setimpal dikenakan, memandangkan kesalahan itu melibatkan kanak-kanak serta pelanggaran amanah oleh individu terdekat.

Dalam rayuannya, tertuduh yang juga ibu tunggal memohon hukuman lebih ringan kerana perlu menyara tiga anaknya selepas selesai menjalani hukuman. Namun begitu, mahkamah memutuskan hukuman tersebut sebagai wajar dengan mengambil kira semua faktor.

Baca juga: Pemergian Tragis Adik Amir Dalam Jagaan Ibu Kandung, Keluarga Angkat Kongsi Keadaan Terkini Umi Berkerusi Roda

Lindungi kanak-kanak walau siapa pelakunya!

Kes ini menjadi peringatan bahawa keselamatan kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan, walaupun ancaman datang daripada individu paling dipercayai.

Ia juga membuka mata masyarakat bahawa penderaan seksual boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan latar belakang, termasuk melibatkan golongan yang disangka mempunyai disiplin tinggi.

Semoga kejadian seperti ini dapat dijadikan pengajaran agar lebih ramai tampil peka dan bertindak dalam melindungi golongan yang memerlukan.

Sumber: Buletin TV3 / Sinar Harian

FT Image: Malaysia Gazette

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×