Euforia Bola 2026
Famili

Tergamak! Peniaga Disyaki Cab*l 10 Budak, Dekati Mangsa Di Taman Permainan & Surau Di Melaka

amang seksual

Satu kes amang seksual didakwa berlaku antara Mac lalu hingga bulan ini dilaporkan di sekitar Duyong dan Telok Mas, Melaka. Polis mendedahkan seorang lelaki dipercayai mencabul 10 kanak-kanak lelaki berusia antara lapan hingga 13 tahun.

Lebih mengejutkan, siasatan turut mendapati salah seorang daripadanya dipercayai menjadi mangsa persetubuhan luar tabii selepas suspek mengambil kesempatan terhadap hubungan yang terjalin sejak lebih setahun lalu.

Baca juga: “Kalau Saya Tiada Nanti…”- Remaja 19 Tahun Buat Wasiat RM12 Juta Kepada Rakan Baik, Ibu Bapa Bercerai Diketepikan

LELAKI DITAHAN, POLIS DEDAH 10 KANAK-KANAK JADI MANGSA AMANG SEKSUAL

amang seksual

Dzulkhairi berkata, suspek direman tujuh hari sehingga 19 Julai bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zulkhairi Mukhtar berkata, suspek adalah seorang peniaga berusia 36 tahun ditangkap oleh orang awam jam 6 petang semalam di Balairaya Taman Desa Duyong sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek terbabit dalam 10 kes amang seksual terhadap 10 kanak-kanak lelaki berusia antara 8 hingga 13 tahun yang berlaku dalam tempoh Mac hingga Julai 2026.

“Kes pertama membabitkan lapan kanak-kanak lelaki berusia antara lapan hingga 12 tahun yang dipercayai berlaku antara Mei hingga awal bulan ini di kawasan taman permainan berhampiran Duyong.

“Modus operandi suspek adalah mendekati mangsa ketika mereka berada di taman permainan atau selepas menunaikan solat di surau sebelum melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa,” katanya dalam kenyataan petang semalam.

Baca juga: Kes R*gol Berkumpulan Gegar Negara: Mahkamah Kekalkan Hukuman Bon Berkelakuan Baik Remaja Cemerlang SPM

amang seksual

Gambar hiasan: Gemini AI

Beliau berkata, kes kedua berlaku pada Mac membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang mengenali suspek sejak tahun lalu ekoran sering bertemu di taman permainan dan surau.

“Suspek dipercayai mengambil kesempatan terhadap hubungan itu dengan melakukan amang seksual fizikal serta persetubuhan luar tabii yang dipercayai berlaku pada Mac lalu di rumah suspek.

“Siasatan juga mendapati suspek sekali lagi bertemu mangsa pada 12 Julai lalu,” katanya.

Dzulkhairi berkata, kes ketiga membabitkan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dicabul oleh suspek beberapa kali pada 8 dan 9 Julai lalu di Taman Desa Duyong, sebuah pasar raya dan kedai makan di Semabok.

Katanya, suspek kini direman tujuh hari bermula hari ini hingga 19 Julai bagi membantu siasatan.

Polis membuka siasatan tiga kertas siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Baca juga: Zara Qairina Tidak Tunjuk Corak Kemurungan Berat Atau Niat B*nuh Diri – Pakar

Sumber: Harian Metro

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×