Euforia Bola 2026
Famili

Akibat Amang Seksual Pesakit Kanak-Kanak, Doktor Pakar ENT Dipenjara 7 Tahun 7 Sebatan!

doktor pakar

Seorang doktor pakar Otorinolaringologi (ENT) sebuah hospital swasta di Kuala Terengganu dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tujuh sebatan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

Kesalahan itu didakwa berlaku ketika mangsa mendapatkan rawatan di hospital berkenaan empat tahun lalu.

Baca juga: Nak Hilangkan Stres Punya Pasal, Lelaki Mengaku Dah Banyak Kali Curi Seluar Dalam Wanita

DOKTOR PAKAR LAKUKAN AMANG SEKSUAL TERHADAP PESAKIT KANAK-KANAK

doktor pakar

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir pembelaan.

Mengikut enam pertuduhan, Dr Mohd Syafwan Mohd Soffian, 42, didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki di sebuah bilik iaitu kliniknya di sebuah hospital swasta di Kuala Terengganu antara 25 September hingga 10 April 2023.

Bagi pertuduhan ketujuh, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di lokasi sama kira-kira jam 8 malam pada 9 Oktober 2022.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Baca juga: [VIDEO] Kanak-Kanak Perempuan 10 Tahun Ditemukan Maut Di Cerun Semak, Dipercayai Dib*nuh

doktor pakar

Gambar Ghazali Kori: Dr. Mohd Syafwan dijatuhkan penjara tujuh tahun dan tujuh sebatan atas kesalahan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun, satu sebatan bagi setiap pertuduhan serta perintah pengawasan polis selama dua tahun terhadap tertuduh bagi enam pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Bagi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 14(d) akta sama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, satu sebatan serta perintah pengawasan polis selama dua tahun.

Mahkamah turut memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak bermula semalam.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Hafizuddin Manjur Ahmad bersama Nur Azhani Azman. Manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Fairuz Jusoh, Ahmad Kamal Abu Bakar dan Arik Zakri Abdul Kadir.

Baca juga: “You Ingat You Orang Malaysia?”- Wanita Rohingya Didakwa Pertikai Kos Rawatan Klinik Kerajaan, Jururawat Terus ‘Sound’!

Sumber: Harian Metro / Buletin TV3

FT Image: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×