Festival Raya yang dinanti-nantikan ramai, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 (ABxFGR 2026) akhirnya kembali dengan penuh kemeriahan. Edisi kelima penganjuran ini sekali lagi berjaya mencuri perhatian orang ramai dengan gabungan pengalaman membeli-belah Raya, aktiviti interaktif dan persembahan artis popular.
Tahun ini, festival tersebut bukan sahaja berlangsung di Malaysia, malah turut melebarkan sayap ke luar negara dengan penganjuran di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Brunei.
Baca juga: Penjawat Awam Senyum Lebar! Ini 8 Negeri Beri Bantuan Khas Aidilfitri, Ada Yang Dapat Sebulan Gaji
ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2026 KEMBALI DENGAN MERIAH, LOKASI TERAKHIR DI KL!

Sepanjang festival berlangsung, pengunjung disajikan dengan pelbagai jualan menarik, aktiviti unik serta peluang membeli-belah yang lebih fleksibel melalui kemudahan Buy Now, Pay Later (BNPL) menggunakan SPayLater.
Antara aktiviti yang paling mencuri perhatian termasuklah Human Claw Machine, Money Chamber serta pelbagai permainan interaktif yang menjadikan pengalaman berkunjung ke festival ini lebih menyeronokkan.
Pada masa yang sama, festival ini turut memberi ruang kepada ratusan usahawan tempatan dan jenama popular untuk memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai.
Jelajah Raya Di Tiga Lokasi Utama
Buat pertama kalinya, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya memperkenalkan konsep jelajah festival dengan penganjuran di tiga lokasi utama iaitu:
1. BRIDEX Convention Centre, Brunei – 27 Februari hingga 1 Mac 2026
2. PICCA, Pulau Pinang – 6 hingga 8 Mac 2026
3. MITEC, Kuala Lumpur – 13 hingga 16 Mac 2026
Acara kemuncak berlangsung di MITEC Kuala Lumpur, di mana festival ini berjalan selama 66 jam tanpa henti dengan pelbagai aktiviti menarik, persembahan artis serta jualan barangan Raya yang meriah.
Sejak pertama kali dianjurkan pada tahun 2022, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya telah mencatatkan pelbagai pencapaian yang cukup membanggakan. Antara rekod yang berjaya dicapai termasuk:
- RM61.5 juta jumlah jualan keseluruhan
- 2,432 tapak reruai perniagaan
- 7.96 juta pengunjung
- 334 vendor makanan dan minuman
- Lebih 400 selebriti terlibat
- 125 rakan penaja
- 3,500 usahawan serta 700 jenama tempatan
Menurut Pengarah My Events International, Datin Wira Sabrina, festival ini bukan sekadar acara membeli-belah semata-mata.
“Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya bukan sekadar festival, malah ia menjadi platform untuk usahawan tempatan berkembang serta membuka peluang menembusi pasaran antarabangsa, terutamanya di Brunei,” jelas beliau.
Aktiviti Menarik Buat Pengunjung Teruja

Bagi memastikan setiap lokasi mempunyai pengalaman yang unik, penganjur turut memperkenalkan aktiviti khas mengikut lokasi festival. Antaranya:
- Brunei: Grab The Gold
- Pulau Pinang: Money Chamber
- Kuala Lumpur: Cengkaman Lebaran (Human Claw Machine)
Selain itu, pengunjung juga berpeluang menikmati jualan Happy Hour, tawaran promosi menarik serta persembahan daripada barisan artis terkenal sepanjang festival berlangsung.
Kemudahan SPayLater BNPL turut memudahkan pengunjung untuk membeli-belah tanpa perlu risau mengenai bajet ketika membuat persiapan Hari Raya. Kemeriahan festival ini turut disokong oleh pelbagai rakan penaja dan jenama terkenal. Antaranya termasuk:
- Kunafa Aiwahhh – Manisan Rasmi
- SPayLater – Kaedah Bayar Rasmi
- Bank Rakyat – Bank Rasmi
- Power Root – Minuman Eksklusif
- Cik B Salmon Skin – Rangupan Rasmi
- Sugar Bomb – Wangian Rasmi
- REV Media Group – Media Rasmi
- Ombak Exclusive – Percetakan Rasmi
Selain itu, pengunjung juga boleh menemui pelbagai jenama popular seperti Beauboss, Siti Khadijah, Varisha Collection, Keyes Bakehouse, Seri Bako, Opai Fragrance, HABIB, Cheetah dan Pure Lab.
Seperti penganjuran sebelum ini, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 turut mengekalkan tradisi tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyalurkan sumbangan kepada anak-anak yatim serta persatuan ibu tunggal. Inisiatif ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada komitmen festival untuk membantu komuniti yang memerlukan.
Secara keseluruhannya, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 sekali lagi membuktikan dirinya sebagai antara festival Raya terbesar dan paling meriah di rantau ini.
Bukan sahaja menjadi destinasi utama membeli-belah persiapan Aidilfitri, malah festival ini turut membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk mengembangkan perniagaan serta merapatkan hubungan komuniti.
Baca juga: Ramai Dah Mula Serbu! Ini Senarai Penuh TERKINI Tarikh Tukar Duit Raya Ikut Semua Bank
Sumber: Absolut Bazaar
