Bagi memudahkan orang ramai yang ingin tukar duit raya, beberapa bank di Malaysia telah mengumumkan jadual serta lokasi penukaran wang kertas baharu sepanjang bulan Mac 2026.
Langkah ini bagi membantu pelanggan merancang kunjungan ke cawangan bank atau mesin ATM terpilih lebih awal, sekali gus mengelakkan kesesakan terutama ketika menghampiri sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Baca juga: Tarikh Tukar Duit Raya Tahun 2026 Untuk Maybank Dan Bank Islam, ‘Standby’ Awal Beratur!
JADUAL TUKAR DUIT RAYA 2026 UNTUK SEMUA BANK & LOKASI

Freepik
Berikut merupakan jadual penukaran duit raya mengikut bank yang boleh dijadikan panduan sebelum anda berkunjung ke cawangan terpilih.
Fasa 1: Bermula 2 & 3 Mac 2026
Bank Islam – Perkhidmatan penukaran bermula 2 Mac 2026. Namun di beberapa lokasi tertentu, ia hanya bermula pada 9 dan 10 Mac.
Nota: Terhad kepada pemegang akaun sahaja.
Affin Bank – Menawarkan penukaran wang bermula 3 Mac 2026.
Bank Muamalat – Turut memulakan perkhidmatan pada 3 Mac 2026.
Fasa 2: Bermula 9 Mac 2026
AmBank – Kaunter penukaran dibuka bermula 9 Mac 2026. Jumlah wang yang ditukar akan ditolak terus daripada baki akaun pelanggan.
CIMB Bank – Wang kertas RM10 untuk duit raya boleh didapati di ATM CIMB terpilih bermula 12 Mac hingga 19 Mac 2026. Berikut adalah senarai penuh lokasi mesin ATM yang terlibat:

Fasa 3: Bermula 10 Mac 2026
Maybank – Bermula 10 Mac 2026 dengan waktu operasi 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari di cawangan terpilih.
Public Bank – Penukaran bermula 10 Mac 2026 pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari 9:30 pagi hingga 12:00 tengah hari. Bagi lokasi tertentu, perkhidmatan ini hanya akan bermula pada 16 Mac.
BSN – Menyediakan penukaran bermula 10 Mac 2026, namun terhad kepada wang kertas RM1 sahaja.
Hong Leong Bank – Perkhidmatan bermula 10 Mac 2026, manakala sesetengah cawangan hanya akan bermula pada 12 Mac. Proses penukaran dilakukan melalui pemotongan terus daripada baki akaun pelanggan.
RHB Bank, Agrobank dan Bank Rakyat – Ketiga-tiga bank ini dijangka memulakan perkhidmatan penukaran pada 10 Mac 2026 secara serentak.
Sebagai peringatan, maklumat ini diperoleh daripada perkongsian di media sosial serta sumber tidak rasmi daripada individu dalam sektor berkaitan. Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak dengan cawangan bank masing-masing bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat.
Rancang kunjungan anda lebih awal bagi mengelakkan kesesakan, terutama ketika menghampiri sambutan Hari Raya.
Baca juga: Tabiat Minum Kopi Hampir Setiap Hari Undang Padah! Wanita 28 Tahun Alami Lumpuh Separuh Badan…
Sumber: CIMB & The Vocket
