Euforia Bola 2026
Rakyat

Tarikh Tukar Duit Raya Tahun 2026 Untuk Maybank Dan Bank Islam, ‘Standby’ Awal Beratur!

TUKAR DUIT RAYA

Menjelang Aidilfitri, urusan tukar duit raya menjadi antara perkara yang paling dinanti-nantikan setiap tahun. Ramai yang mula mencari maklumat tentang tarikh dan waktu bank membuka kaunter khas bagi memudahkan orang ramai mendapatkan wang pecahan kecil untuk diagihkan kepada anak-anak dan saudara-mara.

Baca juga: Berita Baik! KWSP Akan Umum Dividen Sabtu Ini, Kadar Dijangka Antara 5.5 Hingga 6.3%

TUKAR DUIT RAYA 2026 UNTUK BANK ISLAM & MAYBANK

TUKAR DUIT RAYA

Bank Islam Malaysia Berhad

Berdasarkan makluman terkini setakat 2 Mac 2026, semua cawangan Bank Islam telah membuka kaunter untuk perkhidmatan tukar duit raya.

Namun begitu, kemudahan ini hanya ditawarkan kepada pemegang akaun Bank Islam sahaja. Pelanggan dinasihatkan membawa kad pengenalan serta kad ATM atau dokumen berkaitan bagi memudahkan urusan.

Maybank

TUKAR DUIT RAYA

Sementara itu, Maybank akan membuka kaunter tukar duit raya pada:

Tarikh: 10 Mac 2026
Masa: 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

Orang ramai disarankan hadir lebih awal bagi mengelakkan kehabisan stok wang pecahan kecil, selain mematuhi garis panduan yang ditetapkan pihak bank.

Seperti biasa, ketersediaan wang pecahan kecil adalah terhad dan tertakluk kepada cawangan masing-masing. Justeru, pelanggan digalakkan untuk menyemak dengan cawangan berhampiran sebelum hadir.

Pastikan anda merancang lebih awal supaya urusan penyediaan duit raya berjalan lancar menjelang Syawal nanti.

Baca juga: Emas Catat Rekod Tertinggi Sepanjang Masa, Harga Hari Ini Cecah RM655 Segram!

Sumber: Threads fadzlyramly

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×